Namun menariknya sitkom terbaharu terbitan Unit Drama TV RTM (UDTV RTM) ini juga menyaksikan kemunculan Syafie Naswip dan si cantik Reen Rahim buat pertama kalinya muncul dalam sebagai watak utama dalam genre komedi.
Sedang bersiaran setiap Sabtu dan Ahad, pukul 11.00 pagi di TV2, sitkom 13 episod ini membawakan kepelbagaian watak dan kisah kemasyarakatan berlaku berlatarkan lokasi di sebuah apartmen di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Isu terkini termasuklah pesanan umum berkaitan kes Covid-19 dan menjalani kuarantin yang turut diselitkan dalam sitkom curahan idea dua penerbit UDTV RTM, Nor Ashikin Zainal dan Danny Alamsyah ini.]
Namun ada sesuatu yang menanti anda setiap episod pastinya. Kemunculan cameo pilihan bukan sahaja mengundang tawa malah istimewanya kerana mereka menggunakan dialek negeri masing-masing. Episod bersama tetamu undangan Catriona Ross dan Issey Fazlisham contohnya mereka menggunakan dialek Pantai Timur. Manakala episod bersama Bob Yusof pula mereka berbual dalam dialek Sarawak dan begitu juga yang lainnya.
Menarik bukan? Bukan selalu dapat menyaksikan mereka bertutur dalam dialek negeri kelahiran masing-masing. Apatahlagi bila disampaikan secara santai dalam sebuah komedi yang pastinya mencuit hati.
Selain artis yang telah disebutkan, nantikan kemunculan tetamu jemputan istimewa yang lainnya dalam memeriahkan setiap episod program ini seperti Ungku Hariz, Apek Senario, Umar Dzarif, Lia Natalia, Didie Alias, Emelda Rosmila, Waris, Ewal Ismail, Sangeeta, dan Ieda Moin. Turut memeriahkan sitkom ini Eric Fuzi (Floor 88) yang memainkan watak Penglipurlara dalam setiap episod.
Bagi mereka yang terlepas siarannya untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.