in

Artis Popular Bakal Perform di Konsert Destini

Usaha yang tak pernah jemu untuk menolong pelajar kurang berkemampuan berjaya dalam pelajaran terus dijalankan oleh Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB). Selepas kejayaan menganjurkan Konsert SimplySiti, dua tahun lalu, Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA) UiTM akan menganjurkan konsert amal iaitu Konsert Destini dua hari berturut-turut iaitu pada 20 dan 21 Disember 2013.

Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM, Shah Alam ini akan menampilkan barisan artis terkemuka tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Awie, Amy Search, Hafiz AF, Jaclyn Victor, Adira dan Dayang Nurfaizah serta penampilan istimewa daripada artis seberang iaitu Rossa dan Pasha Ungu. Edrie Hashim dipilih untuk menjadi pengarah muzik untuk konsert ini.

Konsert Destini

[pullquote align=”right”]Untuk konsert kali ini, YDAB mensasarkan jumlah kutipan RM2juta. Melihat senarai artis dan sambutan awal, apabila tiket berharga RM1,000 habis dijual, penganjur yakin konsert ini mampu mencapai matlamat.[/pullquote]

Objektif utama konsert amal ini dianjurkan adalah untuk mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang merupakan tabung dermasiswa bagi membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan daripada luar bandar, pedalaman dan miskin bandar termasuk anak yatim dan orang asli untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi selepas program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Dato’ Mohd Aizuddin bin Mohd Ghazali berharap agar sumbangan daripada hasil wang jualan tiket konsert amal ini mampu mengurangkan bebanan sekaligus dapat membantu dalam mengubah destini mereka pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali, berkata konsert julung kali diadakan itu bertujuan mengumpul dana tambahan bagi Tabung Pendidikan Anak Bangsa.

“Kita berharap dapat menggunakan dana terbabit bagi membiayai tabung derma siswa membantu pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar, pelajar luar bandar serta anak Orang Asli.  Ini adalah konsert pertama dianjurkan dalam memastikan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dapat berjalan lancar.”

Dalam memberi ruang untuk menyalurkan bantuan serta merapatkan jaringan YDAB dengan pelbagai agensi kerajaan, organisasi korporat serta syarikat swasta dan orang persendirian, Konsert Destini memberi tawaran pakej-pakej tajaan serta pulangan tajaan seperti Platinum (RM100,000 dan ke atas), Diamond (RM80,000 – RM99,000), Gold (RM30,000 – RM79,000), Silver (RM10,000 – 29,000) dan Tajaan Terbuka atau Persendirian (tidak kurang dari RM5000 dan tidak lebih dari RM10,000).

Poster Konsert Destini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem KOLUMPO

Lagu Bintang Syurga Maya Karin Rentasi Switzerland