in

Artis Peraga Baju T Rekaan Finalis Rekatee TV3

Tekatee, peraduan mereka cipta T-Shirt yang bertemakan ulang tahun ke-25 TV3 telah hampir ke kemuncaknya. Peraduan yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia ini bertujuan untuk mengundang orang ramai berkongsi minda dan bakat mereka cipta di samping berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai. Rekaan yang terpilih akan dicetak sebagai T-shirt edisi khas ulangtahun ke-25 untuk dijual kepada orang r am ai pada bulan Jun nanti dan hasil jualan akan disalurkan kepada Tabung Bersamamu. 

Setelah meneliti ratusan penyertaan yang diterima daripada pelbagai latarbelakang peserta, 25 rekaan telah dikenalpasti. Untuk mengetahui 25 rekaan tersebut, 25 artis tanah air dan personaliti TV3 akan memperagakan rekaan ini.

Antara yang terlibat termasuklah Fizz Fairus, Almy Naida, Erry Putra, Eira Syazira, Fizow Omar, Kenchana Dewi, Ady Putra, finalis Persona Nona, Ally Iskandar, Aidid Marcello, Tabah Sazwan, Nurul Syuhada Nurul Ain dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Delivers Revolutionary BlackBerry® Storm™ in Malaysia

Gambar Nasreen Ngasri aka Darling di Prebiu Drama Gadis Cuci