in ,

Artis & Pencuci Mulut Berkhasiat Dalam SWEET TOOTH di TV Okey

Cef selebriti Brian Chen yang terkenal dan mempunyai personaliti yang mesra, muncul dalam program masakan “Sweet Tooth” yang menyediakan hidangan pencuci mulut yang bukan sahaja kreatif malah lazat dan berkhasiat.

Menerusi program yang menemui penonton setiap Khamis, pukul 10.30 pagi di TV Okey, Cef Brian akan menjemput seorang tetamu dan mereka berdua akan memperkenalkan resipi-resipi serta berkongsi tip-tip dan idea yang menarik. Mendengar pencuci mulut pastinya dikaitkan dengan makanan manis namun istimewanya program ini dalam episod pertamanya mengundang tetamu undangan Dr. Ezani Manato, seorang pakar gigi, memperkenalkan resipi-resipi Kek ‘Onde Onde’ dan Kek ‘Pistachio Rose’.

Perkongsian berikutnya Cef Brian bersama-sama pelakon yang juga hos iaitu Raja Farah, menyediakan dua menu ‘Mixed Berry Pavlova’ dan ‘French Macaron’. Ia diikuti kemunculan Pushpa Narayan, seorang peragawati, pelakon dan hos TV, meluangkan masa berkongsi resipi ‘Heart Filled Cupcakes’ dan ‘Vanilla Pudding’.

Sweet Tooth di TV Okey

Usah ketinggalan menyaksikan episod memasak menu ‘Fruit Cake’ dan ‘Classic Buttercake’ bersama-sama Syahirah Kasim, pemilik, Vanillicious Baking Academy. Pastinya ada perkongsian tip menarik untuk semua penonton.

Seterusnya Cef Brian dan tetamu undangan, Emelda Rosmila, seorang peragawati, pelakon dan hos TV, turun ke dapur menyediakan menu istimewa diberi nama ‘Nutella Cheese Cake’ dan ‘Tiramisu Custard Pudding’.

Beberapa lagi personaliti terlibat dengan hidangan air tangan masing-masing iaitu Josiah Hogan dengan dua resipi pencuci mulut ‘Mango Panna Cotta’ dan ‘Creme Brulee’, Atikah Suhaimie sediakan menu ‘Banana Cake With Cheese’ dan ‘Vegetarian Banana Cup Cake’, Hefny Sahad teruja berkongsi dua resipi manisan iaitu ‘Congo Bars’ dan ‘Batik Cake’, juga Arshad Zamir, seorang cef, muncul dengan menu ‘Carrot Cake’ dan ‘Upside Down Apple Cake’.

Menarik dalam episod bersama tetamu undangan Khareez Kasbulah, seorang penyanyi menyediakan ‘Butterscotch Cake’ dan ‘Salted Caramel Buttercream Vanilla Cupcake’. 

Ketahui apakah ramuan digunakan penyanyi dan pelakon Dafi menyediakan ‘Red Velvet Cake’ dan  â€˜Pudding Trifle’, juga Sarah Hildebrand seorang peragawati, hos TV dan pelakon memperkenalkan dua resipi rahsia ‘Lemon Crepe Cake’ dan ‘Dark Chocolate Bark’. 

Episod akhir Cef Brian dan tetamu undangan, Alia Zecha, seorang peragawati, hos TV dan pelakon berkongsi dapur menyediakan menu ‘Brownies & Ice Cream’ dan ‘Peanut Butter Fudge’ yang agak mudah penyediaannya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Top 5 Anugerah MeleTop 2020, Dominasi Mira Filzah & Siti Nordiana

VIACOMCBS Networks International Launches NICK JR. on Astro Go App