in

Artis Dua Beradik Tumpang Populariti Suami?

Gosip ini dipetik dari portal www.gua.com.my

Ini cerita baru GUA dengar yang disampaikan oleh seseorang yang khabarnya meluat melihat aksi adik-beradik ini. Bukanlah si penyampai dengki dengan populariti mee segera yang dimiliki pasangan adik-beradik ini, sebaliknya sekadar ingin berkongsi cerita.

Pasangan adik beradik ini tidaklah seglamor mana, tapi apabila sudah sentiasa menempel di majlis-majlis hiburan, mahu tak mahu, ada juga lensa kamera yang mengambil gambar mereka.

GUA dengar, pasangan adik-beradik ini popular hanya disebabkan populariti yang dimiliki pasangan salah seorang daripada mereka. Mula-mula dulu, si adik seringkali diangkut ke mana sahaja, padahal si kakak sekadar menemani pasangannya. Juga tidak diketahui motif sebenar si kakak dan adik hadir pada majlis yang nyatanya tidak ada kena mengena dengan mereka.

Terbaru, kata sumber GUA, rombongan Cik Kiah sudah bertambah daripada dua menjadi tiga. Si kakak bukan sahaja membawa adik sebagai peneman tetap, dia juga sudah mula membawa adik bongsunya sebagai ahli rombongan ketika menghadiri majlis pasangannya.

Jangan pula selepas ini satu famili diangkut ke majlis agar semuanya mendapat perhatian lensa kamera.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Winner WorldStars Road To Hollywood Istana Budaya at TV2

Akhil Hayy Mengaku Berkahwin Dengan Waheeda?