in

Artis Aquila Emas & Celeb Nexus Jayakan Kempen Derma Darah

1 KOMUNITI KE 1 KOMUNITI
AQUILA EMAS DAN CELEB NEXUS PELOPOR SYARIKAT PENGURUSAN ARTIS DAN SELEBRITI DALAM KEMPEN DERMA DARAH

Syarikat pengurusan artis Aquila Emas dan Celeb Nexus Premium Community menganjurkan Kempen Derma Darah bertemakan ‘1 Komuniti ke 1 Komuniti’.

Tema tersebut adalah simbolik di mana Celeb Nexus sebagai satu komuniti bekerjasama dengan komuniti di sekitar kawasan Bandar Sri Permaisuri. Dengan sokongan Pusat Darah Negara, kempen ini telah dimulakan bersama komuniti di Kondominium Vista Amani sebelum ia diteruskan dengan komuniti yang lain pada masa akan datang.

REZ_1488

Objektif kempen berkenaan adalah bertujuan untuk mengisi keperluan tabung darah negara yang amat diperlukan ketika ini serta mendidik orang ramai agar tampil secara sukarela untuk menderma darah. Pada masa yang sama, orang ramai turut berpeluang beramah mesra dengan para artis dan selebriti di bawah syarikat pengurusan artis Aquila Emas seperti Ainul Aishah, Airis Yasmin, Amar Delon, Diana Johor, Hafiz Halim, Hafidzuddin Fazil, Lana Nodin, Serina Redzuawan, Shuba Jay, Tengku Adrian, Tony Eusoff, Y Hoong, Yasmin Hani, Zed Zaidi dan Zizan Nin.

Dr Haji Sallehudin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mewakili Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Senator Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hadir merasmikan kempen.

“Kita amat berbangga atas inisiatif yang dilakukan oleh syarikat pengurusan artis Aquila Emas dan Celeb Nexus dalam menganjurkan kempen ini. Saya difahamkan, inilah kali pertama syarikat pengurusan artis menganjurkan aktiviti bermanfaat seumpamanya dan amat berpuas hati dengan sambutan yang diterima pada hari ini” katanya.

Selain itu, beliau juga turut meluangkan masa untuk melawat ke sekitar kawasan menderma darah di Kondomium Vista Amani.

REZ_1505

Menurut Pengarah Urusan Aquila Emas, En. Syarizan Md. Isa, “Kempen ini selaras dengan gagasan 1 Malaysia di mana penderma darah diperlukan tidak mengira jantina, etnik atau agama. Melalui Kempen Derma Darah ‘1 Komuniti ke 1 Komuniti’ ini kami ingin membantu Pusat Darah Negara menyebarkan keterangan dan informasi yang jelas tentang kebaikan dan proses menderma darah”.

“Inisiatif syarikat pengurusan artis dan selebriti seperti kami ini diharap akan dapat menarik lebih ramai penderma untuk menderma darah. Pada masa yang sama, para penderma dan pengunjung berpeluang beramah mesra bersama artis selebriti terkenal kami. Pihak Aquila Emas akan menganjurkan aktiviti seperti ini lagi dalam perancangan akan datang selain ia juga dapat mengeratkan hubungan artis dan peminat”.

Turut ditawarkan dalam kempen terbabit, hadiah menarik kepada pengunjung yang bertuah.

REZ_1510

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Photos YODA at MIFW 2010

Showcase Kau dan Aku Musim Kedua