in

Arrora Salwa Sanggup Berhenti Polis Jadi Penyanyi

Pada 7 Ogos 2010 lalu, buat pertama kalinya Sony Music Malaysia telah mengadakan AN EVENING WITH SONY MUSIC sebagai menghargai teman media, penaja dan rakan kongsi yang menyokong dan membantu dari segi promosi. Sebanyak 14 orang artis di bawah naungan label tersohor ini turut diperkenalkan.

Di petang itu juga, Sony Music Malaysia turut memperkenalkan seorang lagi artis terbaru yang menggelarkan dirinya Arrora Salwa.

Mungkin ramai pembaca yang tak mengenali gadis langsing dan tinggi ini. Sebenarnya, beliau sebelum ini telah berkhidmat sebagai polis selama 7 tahun termasuklah pernah bertugas di Bukit Aman. Mula jadi polis pada 2004 dan baru berhenti polis pada 30 Julai 2010 lalu. Memilih kerjaya polis untuk hidup berdikari dan dapat membentuk peribadi yang cekal dan berdisiplin.

Dan kini, Arrora memilih untuk menjadi penyanyi sepenuh masa memandangkan penyanyi adalah cita-citanya dari kecil lagi. Masih berusia 26 tahun, Arrora memilih Sony Music untuk mengembangkan kerjayanya sebagai penyani dan berharap kehadirannya di industri muzik dapat diterima tidak lama lagi.

Berasal dari Johor, Arrora tampil dengan single terbarunya, Buaian RIndu ciptaan sepenuhnya Ehsan Mustaffa berirama balada. Kini, Arrora sedang merancang untuk buat album penuh. Mahu cuba kebolehannya dalam bidang nyanyian.

Good luck, Arrora~!

Arrora Salwa

Arrora Salwa

Arrora Salwa

Arrora Salwa

Arrora Salwa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Media Prima Lancar Portal TONTON

Gossip Selebriti Jijik Tinggal di Hotel Kecil