in , ,

Armada Band Berjaya Hiburkan Peminat di KL, Dendangkan 15 Lagu

Selepas Dewa 19, Cakra Khan, Kunto Aji, Noah dan Datuk Seri Rossa, kini tiba pula giliran kumpulan muzik popular dari Indonesia, Armada Band yang menggegarkan konsert di Malaysia.

Pada 29 Oktober lalu, Budiey telah menghadiri Konsert Armada First Encounter di Zepp Kuala Lumpur di mana ini adalah konsert pertama band terkenal ini di Malaysia!

Selain Rizal, Armada turut dianggotai Andit dan Mai. Satu persembahan padu yang paling penting memberi makna buat peminat yang sekian lama menunggu kemunculan Armada menghiburkan peminat di Malaysia.

Armada Band Berjaya Hiburkan Peminat di KL, Dendangkan 15 Lagu

Armada yang popular menerusi lagu Asal Kau Bahagia dan pernah meraih lebih 400 juta tontonan di saluran YouTube telah berjaya menghiburkan peminat dengan mendendangkan 15 buah lagu.

Armada Band Berjaya Hiburkan Peminat di KL, Dendangkan 15 Lagu

Penganjur SK One Ventures, Kamalzaini berkata, kehadiran Armada Band sekali gus dapat mengubat kerinduan peminat di Malaysia.

Armada Band menjayakan konsert sulungnya di ibu negara, Ahad lepas.

Sebelum memulakan konsert pada malam itu, Armada sempat ditemubual media di acara sesi interbiu ringkas bersama media dua jam sebelum konsert.

Armada Band Berjaya Hiburkan Peminat di KL, Dendangkan 15 Lagu

Konsert tersebut sebagai penghargaan buat para peminat yang mengikuti perjalanan karier seni Armada Band.

Vokalisnya, Rizal berkata Armada Band sebelum ini terpaksa membatalkan konsert di Malaysia bagi memberi laluan kepada pilihan raya pada 2018.

“Alhamdulillah terima kasih rakan-rakan dan peminat di Malaysia kerana terus menyokong kami. Disebabkan peminat, kami dapat mencipta nama di TikTok, YouTube dan Instagram,”

– Rizal
Armada Band Berjaya Hiburkan Peminat di KL, Dendangkan 15 Lagu

Armada mendendangkan 15 buah lagu antaranya Asal Kau Bahagia, Harusnya Aku dan Penantian. Namun, peminat tidak pernah puas dan mereka seolah inginkan lagi menonton persembahan langsung dari Armada.

Hampir 2,500 peminat Armada membanjiri Zepp Kuala Lumpur untuk menyaksikan konsert yang dianjurkan oleh SK One Ventures itu.

Armada Band Berjaya Hiburkan Peminat di KL, Dendangkan 15 Lagu

Vokalis Armada Band, Rizal mengakui teruja dan tidak sabar untuk menghiburkan peminat selepas hampir lima tahun tidak berkunjung ke Kuala Lumpur.

Armada Band Berjaya Hiburkan Peminat di KL, Dendangkan 15 Lagu

“Ini bukanlah kali pertama kami ke Malaysia. Kehadiran Armada sebelum ini lebih kepada menjayakan rangka promosi untuk lagu dan album. Kali terakhir pada 2018.

“Untuk konsert pertama di Malaysia, tentunya kami rasa teruja. Pada masa sama, ada juga rasa gemuruh memandangkan sekarang musim kebanjiran konsert di Malaysia.

“Sedikit sebanyak memberi tekanan buat kami untuk membuat persembahan.

“Jadi, konsert ini harus berbeza dan memberi impak kepada peminat yang hadir,” 

Tambahnya, Armada telah memberikan kejutan istimewa buat peminat.

“Di acara konsert nanti, kami akan persembahkan 15 lagu berkonsep agak pelbagai. Susunan muzik juga akan diberikan sentuhan baharu yang menarik buat peminat,” 

Rata-rata peminat yang Budiey temui meluahkan rasa senang dan mereka semua mahukan Armada kembali semula ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat dengan lagu-lagu yang padu!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ERNIE ZAKRI

Ernie Zakri Lancar Album Berjudul AURA, Ada 10 Lagu Yang Terbaik

Berkahwin di Usia Emas, Sabri Ditawarkan Jadi Duta Produk Kuat Tenaga Batin