Tambahan pula, terlalu banyak aura negatif melanda industri hiburan sejak akhir-akhir ini, mencetuskan idea kepada Zulin Aziz untuk muncul dengan video lucu bagi meredakan ketegangan. Menurut Zulin, sebagai selebriti, dia cuba memberi hiburan kepada peminat biarpun dalam sebarang situasi.
Usaha Zulin berbaloi apabila videonya itu mendapat perhatian Arjun apabila aktor kacak itu telah RETWEET pengikut yang memuat naik video itu di laman Twitter.
Dalam RETWEETnya itu, Arjun meminta pengikut menterjemahkan video yang disifatkan melucukan itu.
Menerusi Twitter Arjun berkata video itu kelihatan seperti melucukan walaupun dia tidak memahami isi kandungannya.
“Can you translate. It seems funny, lol stay safe (Boleh ke anda terjemahkannya, ia kelihatan lucu, jaga diri),”
– Arjun menerusi satu entri di Twitter.
Video yang dimaksudkan adalah video suntingan dari filem lakonan Arjun yang baru dimuat naik Zulin beberapa hari lalu,
“Perkenalkan.. inilah suami saya. Dia seorang polis yang berjuang untuk negara sewaktu Covid-19 ni. Jangan sampai suami saya tangkap kamu orang! #stayathome,”
– Zulin Aziz di Twitter
Bercerita lanjut mengenai pembikinan video berkenaan, selebriti berusia 30 tahun ini mengaku ia bukanlah tugas mudah.
“Semuanya saya buat sendiri, bermula daripada proses mencari bahan, rakaman dan suntingan.
Memandangkan ada penggunaan bahasa Hindi, saya kena cari perkataan yang boleh disesuaikan dengan Bahasa Melayu supaya boleh nampak kesinambungan cerita.
Kemudian baru saya cari tema untuk diketengahkan.
“Memang rumit tetapi bila mendapat maklum balas yang positif dari pengikut, saya puas hati.
Lagipun, saya sudah lama tak buat video, jadi ia memberi kepuasan peribadi,”
– Zulin Aziz
Zulin Aziz pernah menghasilkan lagu Dan Ketika.
Terima kasih Zulin sebab buat kita terhibur.