Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 40, berkata dia sudah lama menaruh impian berkenaan selepas melihat potensi penyanyi berbakat besar dan sentiasa mengikuti perkembangan karier Aina di media sosial.
“Saya mempunyai hajat dan minta tolong sampaikan kepada Aina Abdul yang saya teringin sangat dia buatkan lagu untuk saya.â€
– Arja Lee
Demikian permintaan pelakon Arja Lee yang memasang niat untuk kembali ke bidang nyanyian dengan merakamkan lagu ciptaan penyanyi dan komposer hebat seperti Aina Abdul.
Arja, 40, mengakui sangat meminati Aina selain menyifatkannya sebagai figura berbakat besar sehingga mampu meraih kecemerlangan dalam bidang nyanyian.
“Pada pandangan saya Aina seorang penyanyi yang sangat bijak dan kaya dengan ilmu, meskipun dia masih baharu.â€
– Arja Lee
“Saya melihat dia figura kental, dia tahu dia tidak berapa comel, jadinya dia menggunakan makanisme serta komponen lain untuk tunjukkan bakat sebenarnya,â€Â
Sementara itu, Arja atau nama asalnya Azharuddin Ramli tidak peduli soal jumlah bayaran yang diletakkan pelantun lagu Semalam itu asalkan dapat berjumpa dengannya.
“Saya ingin menyanyikan lagu dia dan ingin buktikan keupayaan suara saya. Berapa pun caj, saya sedia untuk membayar. Tolong ciptakan lagu untuk saya.
– Arja Lee
“Saya tak pernah berjumpa dia. Saya tak tahu macam mana nak aturkan perjumpaan dengannya.
Kalau genre sudah pasti saya mahu lagu balada dan lagu paling saya minat Jangan Mati Rasa Itu,†ujarnya lagi.
Sebelum ini, Arja berjaya melancarkan beberapa buah single seperti Cerita Pada Mereka, Bintang Malam, Berpulang dan Budak Nakal.
Dalam perkembangan lain, Arja kini sedang mempromosikan filem berjudul Sayu Yang Syukur yang dianggap sebagai buah tangan baharu buat peminat.
“Kini saya kembali ke dalam industri dengan filem yang saya lakonkan pada lapan tahun lalu. Ini merupakan hadiah buat peminat,â€Â
– Arja Lee
“Ramai yang tanya bila saya nak berlakon tetapi kini saya aktif menjadi tenaga pengajar. Namun, ini adalah kemunculan semula yang baik buat saya.
“Saya boleh kata yang saya nak kembali semula dalam industri pada 2024. Kini saya sudah pun kembali dalam filem besar yang ditayangkan selepas lapan tahun,”
Selain Arja, filem tersebut dibintangi Datuk Aaron Aziz yang juga berperanan sebagai pengarah, Nora Danish, Fairie Khalil, AR Badul dan ramai lagi.
Filem Sayu Yang Syukur menemui penonton pada 28 Disember ini di pawagam seluruh Malaysia.Â