Menurut Arja, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi pengajar serta berkongsi ilmu sebagai anak seni kepada generasi muda.
Dalam pada itu, Arja berkata sudah tiba masanya untuk dia fokus dalam bidang akademik. Ujarnya lagi, memiliki kerjaya lain amat penting supaya tidak bergantung dengan pekerjaan sebagai artis.
“Saya sudah berada di tahap yang berfikiran jauh ke hadapan mengenai arah tuju hidup saya. Saya mencari jaminan kerjaya yang mampu memberikan saya kepuasan selain tidak risau mengenai pendapatan.
“Kalau sekiranya bidang glamor bukan lagi fokus saya selepas ini, sekurang-kurangnya masih dapat gunakan ilmu seni dalam akademik. Dan saya yakin jalan dipilih ini yang terbaik,”
– Arja Lee
Terdahulu, Arja mengambil Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Seni di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.