in

Aril AF Jadi Pengacara Di Mana Joe Jambul Musim Terbaru

Di Mana Joe Jambul Musim Baharu 2012 Kembali di RTM

Berkonsepkan candawara penyiasatan dengan menerapkan informasi-informasi pendidikan, rancangan Di Mana Joe Jambul yang popular sekitar tahun 1990 kembali diterbitkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun ini.

Populariti rancangan ini tidak perlu dipertikaikan lagi kerana rata-rata kanak-kanak di zaman tersebut mengikuti perkembangannya. Bertahan hampir 4 tahun, rancangan ini pernah memenangi Anugerah Rancangan Kanak-Kanak Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1996 yang menampilkan pengacara Norzizi Zulkifli.

Aril Joe Jambol

Dalam Majlis Sidang Media yang berlangsung di Angkasapuri baru-baru ini, musim baharu siri ini memperkenalkan pengacara Aril Pilus dan pengisian program ini nyata lebih padat selain masih mengekalkan mata pelajaran sains, matematik, geografi dan sejarah sebagai teras utama permainan.

Geng Joe Jambul kembali semula yang terdiri dari 5 orang ahli Joe Jambul sebagai peneraju utama. Dia dibantu oleh Raj, Winnie, Ben dan Ringgo yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing. Geng ini hanya ditonjolkan dalam bentuk animasi sahaja.

Satu akademi penyiasatan telah ditubuhkan khas untuk menangkap geng Joe Jambul iaitu Akademi Detektif Nasional (ADEN) yang diterajui oleh Khairil Azam Pilus (sebagai Detektif Kanan) dengan dibantu Muhammad Syahmi Abdul Hamid (Detektif), Faizatul Hasanah Hussain (Miss V) dan Hazirah Hazali (Wartawan luar).

Segmen-segmen diperkenalkan pula menurut penerbitnya, Norsafaliza Mohd Yatim (Unit Majalah & Dokumentari RTM) kali ini lebih terperinci dimana bermula dengan segmen Fail Siasatan (menjawab soalan dengan pantas), Kod rahsia (membuat eksperimen sains) dan diakhiri segmen Jejak dan tangkap (menggeledah studio mencari bahan bukti). Keputusan yang bakal diperolehi pada penghujung segmen akan dipengaruhi oleh keputusan yang diperolehi bermula daripada segmen pertama lagi.

Para peserta rancangan ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dari seluruh semenanjung Malaysia yang akan mewakili sekolah masing-masing. Setiap minggu 3 pasukan (6 peserta) yang akan bertanding bagi melayakkan mereka untuk ke peringkat seterusnya. Mereka perlu sentiasa peka dan bijak dalam meneka kedudukan Geng Jambul dengan melaksanakan tugasan yang diberikan.

Di Mana Joe Jambul diterbitkan sebanyak 27 episod dengan sasaran penonton adalah di kalangan kanak-kanak berusia 10-12 tahun. Durasi siaran adalah selama 30 minit dan akan menemui penonton mulai 15 September 2012 pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 pagi di TV1.

Program ini dulunya sekitar tahu 90 an diterbitkan oleh Norliza Ali dan bagi musim 2012 pula penerbitnya Norsafaliza Mohd Yatim (Unit Majalah & Dokumentari RTM).

Laman web rasmi Di Mana Joe Jambul:

www.facebook .com/dimanajoejambul2012
www.twitter .com/Tv1Joe

Aril Joe Jambol

Aril Joe Jambol

Aril Joe Jambol

Aril Joe Jambol

Aril Joe Jambol

Aril Joe Jambol

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Putera William & Kate Middleton di The Breakfast Show NTV7

Maharaja Lawak Mega 2012