Selepas hampir sedekad, Hitman Solutions dengan bangganya membawakan konsert ‘Arijit Singh Live in Malaysia’ bersama rakan kerjasama dari Australia, Cinestar Events. Ini adalah peluang yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat setia di Malaysia.
Arijit Singh Kembali Setelah 10 Tahun
Arijit Singh bukanlah nama asing di Malaysia. Penyanyi dengan suara emas ini pernah mengadakan konsert di Malaysia pada tahun 2014, dan kini dia kembali untuk kali ketiga selepas 10 tahun. Konsert terakhirnya diadakan di Dewan Wawasan Convention & Exhibition Centre, di mana sambutan luar biasa daripada peminat masih diingati hingga kini.
“Ramai peminat dari seluruh dunia, terutamanya di Malaysia, telah lama menantikan kepulangan beliau. Saya yakin konsert kali ini pasti menjadi sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” kata En. Rohit Rampal, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Group.
Kerjasama Hebat: Hitman Solutions & Cinestar Events
Cinestar Events adalah nama besar dalam penganjuran konsert Bollywood di Australia. Dengan lebih 17 tahun pengalaman dan lebih daripada 100 pertunjukan, Cinestar Events telah membawa bintang-bintang terkenal Bollywood seperti Salman Khan, Sonakshi Sinha, dan ramai lagi ke pentas-pentas besar. Ujar En. Yogesh Sharma, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Cinestar Events, kerjasama ini adalah bukti komitmen mereka untuk membawa keajaiban Bollywood ke serata dunia.
“Bekerjasama dengan Hitman Solutions yang berpengalaman dalam penganjuran acara Bollywood di Malaysia, kami komited untuk mencipta konsert yang akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Bersama-sama, kami teruja untuk menggabungkan kepakaran dan semangat kami untuk menghasilkan konsert Bollywood paling spektakular di Malaysia setakat ini!” kata En. Yogesh.
Lagu-Lagu Hits Bollywood Akan Bergema di Axiata Arena
Jika anda peminat filem Bollywood seperti ‘Dilwale’, ‘Brahmastra’, dan ‘Jawan’, anda pasti kenal dengan suara Arijit Singh. Lagu-lagu seperti ‘Janam Janam’, ‘Kesariya’, dan ‘Chaleya’ yang sering menjadi runut bunyi kegemaran ramai, kini boleh dinikmati secara langsung dalam konsert ini. Bukan sekadar konsert biasa, ini adalah peluang untuk mendengar suara emas Arijit Singh secara langsung, sesuatu yang sukar dilupakan oleh peminat tegar.
Menurut beberapa laporan, Arijit Singh kini diiktiraf sebagai artis dengan pengikut paling ramai secara global di Spotify, mengalahkan nama besar seperti Taylor Swift, Ed Sheeran, dan Drake. Ini membuktikan betapa besar pengaruhnya dalam dunia muzik global.
Jualan Tiket: Jangan Ketinggalan!
Tarikh pra-jualan tiket ‘Arijit Singh Live in Malaysia’ akan bermula pada 2 September 2024 (Isnin) pukul 12 tengahari, manakala jualan tiket umum dibuka pada 3 September 2024 (Selasa) pada waktu yang sama. Tiket boleh dibeli melalui laman web www.hitmanlive.com dengan kategori harga bermula dari RM298 hingga RM1,188.
Jadi, buat peminat setia Arijit Singh dan penggemar muzik Bollywood, pastikan anda tidak terlepas peluang emas ini. Konsert ini bukan sahaja menjanjikan hiburan yang berkualiti tinggi, tetapi juga sebuah pengalaman muzik yang pasti akan dikenang sepanjang hayat. Mark your calendars and get ready for a night to remember!