Maizatul Osman, 39, berkata, sejak menjalani pembedahan, keadaan Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 70, beransur pulih. Terdahulu, tular di laman sosial Facebook yang mendakwa Badul telah meninggal dunia.
Menurut pemilik akaun berkenaan, dia menerima maklumat pemergian Badul menerusi menantu pelakon itu yang dikenali sebagai Spider.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita berkaitan kematian pelakon AR Badul.
Menurut DJ Dave, beliau sendiri mendapat banyak panggilan telefon dan mesej bertanyakan hal itu pada awal pagi Sabtu ini.
“Satu sikap yang tidak baik apabila ada pihak yang sebarkan berita palsu berkaitan kematian AR Badul.
“Baru sebentar tadi saya sendiri bercakap dengan AR Badul. Dia sudah keluar hospital dan keadaannya sudah semakin baik.”
“Sekarang AR Badul sedang berehat di kampung, di Pahang sesudah beberapa hari keluar dari Institut Jantung Negara (IJN),”
– – DJ Dave
Berharap agar cerita tidak elok sebegini dihentikan segera, menurut DJ Dave sesebuah berita kematian sesiapa sahaja perlu disahkan oleh anggota keluarga sendiri.
“Jika tidak sahih berita itu, janganlah kita tulis di media sosial mahupun bercerita kepada pihak lain.
“Cerita tidak betul seperti ini akan menimbulkan panik kepada orang lain dan menyebabkan perasaan artis itu sendiri tercalar,”
– – DJ Dave
DJ Dave melawat AR Badul di IJN pada Isnin lalu.
AR Badul telah menjalani pembedahan angiogram di IJN pada Ahad lalu dan dijangka akan sekali lagi menjalani pembedahan kedua pada awal Mac ini. – K! ONLINE
AR Badul Meninggal Dunia? Ini Reaksi Keluarga
Pelakon, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul masih panjang umur dan sedang berehat di rumah ketika ini. Laporan yang mendakwa seniman veteran itu sudah menghembuskan nafas terakhir seperti yang tersebar di media sosial adalah palsu semata-mata.
Menafikan dakwaan tidak berasas itu, adik AR Badul, Adlin Aman Ramlie berkata abangnya berada dalam keadaan yang sangat stabil selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) beberapa hari lalu.
“Saya dapat sahkan abang saya sihat. Beliau tidak seperti yang diperkatakan netizen di media sosial,”
– Adlin
Menurut Adlin, laporan palsu kematian abangnya itu turut menjadi bahan perbincangan dalam kumpulan WhatsApp keluarganya.
“Kami semua terkejut dan tertanya-tanya bagaimana berita yang tak betul boleh dilaporkan di media sosial,”
– Adlin
Berita kematian pelakon veteran berusia 70 tahun itu sekali lagi menjadi bahan perbincangan di media sosial selepas perkara yang sama berlaku beberapa tahun lalu.
Badul atau nama sebenarnya, Armaya Aman Ramlie, 70, dimasukkan ke IJN pada 17 Februari lalu selepas mengadu sakit dada dan berpeluh.
Doktor yang merawat seniman itu juga sudah memasukkan dua ring jantung (stent) bagi melebarkan salur darah seniman itu.
Badul merupakan pelakon yang mula menempa kemasyhuran sekitar tahun 1970-an dan masih aktif sehingga ke hari ini.
Anak kepada legenda perfileman Melayu, AR Tompel itu pernah membintangi filem-filem seperti Panglima Badol, Tuan Badul, Prebet Lapok, Darah Satria dan banyak lagi.
Sumber: Astro Awani
AR Badul Sedang Berehat di Kampung – DJ Dave
Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave, menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita berkaitan kematian pelakon dan pengarah, AR Badul.
Menurut Dave, beliau sendiri mendapat banyak panggilan telefon dan mesej bertanyakan hal berkenaan, hari ini.
“Satu sikap yang tidak baik apabila ada pihak yang sebarkan berita palsu berkaitan kematian AR Badul.
“Baru sebentar tadi saya sendiri bercakap dengannya. Beliau sudah keluar hospital dan keadaannya semakin baik.
“Sekarang beliau sedang berehat di kampung, di Pahang, selepas beberapa hari keluar dari Institut Jantung Negara (IJN),”
– DJ Dave
Berharap agar cerita tidak elok sebegitu dihentikan segera, menurut Dave, berita kematian sesiapa sahaja perlu disahkan oleh anggota keluarga.
“Jika berita tidak sahih, janganlah kita tulis di media sosial mahupun bercerita kepada pihak lain.
“Cerita tidak betul seperti ini akan menimbulkan panik kepada orang lain dan menyebabkan perasaan artis itu sendiri tercalar,”
– DJ Dave
AR Badul menjalani pembedahan angiogram di IJN, Ahad lalu, dan dijangka sekali lagi menjalani pembedahan kedua pada awal Mac depan.