Aqmal merupakan seorang busker yang juga berpengalaman untuk melakukan persembahan dengan live band. Di awal penglibatan Aqmal di industri hiburan, Aqmal pernah dikecam bahawa beliau tidak akan pergi jauh dalam industri nyanyian.
Namun, Aqmal tidak pernah berputus harapan apabila ibu dan abang sulung merupakan sokongan paling kuat yang memberikan dorongan untuk teruskan menyanyi.
Aqmal mula minat dengan nyanyian pada usia 4 tahun ketika terlihat lagu Demi Masa nyanyian Raihan di televisyen.
Aqmal juga pernah memasuki pelbagai pertandingan nyanyian dari usia 7 tahun dan pengalaman yang terkumpul memberi kekuatan kepada beliau untuk menyahut cabaran menyertai program terbaharu TV3, TERPALING JUARA!
“TERPALING JUARA sangat berbeza berbanding dengan pertandingan yang saya pernah menyertai sebelum ini sebab ini merupakan pengalaman pertama saya terlibat dengan program realiti nyanyian. Ia merupakan tanggungjawab besar untuk saya berada di dalam Terpaling Juara, insya-Allah, saya akan cuba buat sehabis baik untuk program ini dan bagi ALL OUT dalam setiap persembahan,†kata Aqmal yang mula dikenali ramai sejak TERPALING JUARA bersiaran pada 21 Ogos 2022.
“Alhamdulillah, orang dah mula mengenali saya dan saya rasa bersyukur untuk menjadi sebahagian dalam program ini. Saya akan terus mencuba supaya penonton-penonton mengenali dan mengetahui apa kebolehan saya sepanjang program ini berlangsung,†tambah Aqmal lagi.
Aqmal merupakan peserta yang bernaung di bawah bimbingan Kapten Naim Daniel bersama-sama dengan penyanyi senior, Ifa Raziah. Kolaborasi pertama Aqmal dan Naim dalam lagu Raikan Cinta nyanyian asal Dato’ Jamal Abdillah menyerlahkan sisi berbeza Aqmal yang dikehendaki menyanyi sambil menari dalam lagu genre Irama Malaysia.
Akur dengan komen dan kritikan daripada juri tetap, Aqmal tidak rasa kecewa dengan persembahan yang lepas kerana beliau amat menghargai setiap peluang yang diberikan untuk beraksi di pentas berskala besar ini. Ia juga satu bonus yang besar apabila Aqmal berpeluang untuk bekerjasama dengan idola, Naim Daniel.
“Kolaborasi dengan Naim adalah kerja yang sangat mudah. Naim senang untuk berbincang dan menerima idea. Kalau idea itu kurang sesuai, Naim akan tolak dengan cara baik dan memberikan pandangan yang lebih baik. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat Naim Daniel sebagai kapten. Insya-Allah, kita akan menggegarkan Terpaling Juara sampai ke pentas akhir. Doakan kami ya.†Begitulah harapan besar Aqmal untuk terus mengecapi momen – momen manis di TERPALING JUARA.
TERPALING JUARA mempertaruhkan #PlaylistAJL iaitu lagu – lagu popular yang pernah tercalon di semua edisi Separuh Akhir Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL). Persembahan sulung Aqmal merupakan lagu Nur Kasih (SFMM10, nyanyian asal Slam) dan minggu kedua pula diberikan lagu Raikan Cinta (AJL16, nyanyian asal Dato’ M.Nasir), adakah Aqmal rasa tertekan apabila diberikan lagu Taman Rashidah Utama (AJL4, nyanyian asal Wings) di episod akan datang?
“Lagu-lagu pilihan memang sangat mencabar vokal dan kemampuan saya kerana lagu-lagu tersebut sangat ‘legend’ dalam kalangan peminat. Saya berbesar hati kerana berpeluang untuk menyanyikan lagu-lagu legend tersebut. Dengan bimbingan daripada kapten Naim, kita akan bergabung idea untuk menyampaikan lagu tersebut dalam versi saya. Nantikan persembahan saya di malam Ahad ini.â€
Program hiburan terbaharu TV3, TERPALING JUARA mempertaruhkan 3 kapten, Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij untuk membimbing seorang penyanyi senior dan seorang penyanyi junior untuk menjayakan persembahan mingguan daripada #playlistAJL iaitu lagu-lagu popular yang pernah tercalon di semua edisi Separuh Akhir Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL).
Jangan ketinggalan untuk menonton Terpaling Juara pada setiap hari Ahad, siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.