in , ,

Apple Store Ketiga Di Singapura Adalah Yang Pertama Terapung Di Permukaan Air

Bukanlah misteri Apple Store ketiga Singapura akan dibuka di Marina Bay Sands. Pembinaannya sejak dua tahun yang lalu dapat dilihat dengan rekaan unik seperti sebuah bebola.

Apple hari ini mengesahkan Apple Store ketiga di Singapura dan kelima Asia Tenggara akan dibuka di lokasi tersebut. Turut didedahkan ialah ia adalah Apple Store pertama yang terapung di permukaan air. Pengunjung boleh memasuki ruang kedai menerusi jambatan yang terletak pada permukaan laut ataupun menerusi terowong bawah tanah dari dalam pusat membeli belah Marina Bay Sands.

Apple

Menurut Apple rekaan berbentuk glob dan kaca membenarkan cahaya semula jadi memasuki ruang kedai sepanjang masa. Apabila dipandanng dari atas, ia kelihatan seperti sebuah bebola kaca dengan oculus pada bahagian bumbung.

Pada waktu malam pula ia akan menyala seperti tanglung yang sinonim dengan masyarakat cina sejak Dinasti Tang. Motif bulatan adalah popular di Apple sejak akhir-akhir ini dengan Apple Park, Steve Jobs Theatre dan Apple Store Central World Thailand menggunakan rekaan ini.

Tarikh pembukaan Apple Marina Bay Sands masih belum diumumkan tetapi dari imej yang dikongsi ke media sosial, pembinaannya seperti telah pun tamat dan sekadar menunggu waktu yang sesuai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Mira Filzah Tidak Akan Adakan Malam Berinai

Zimi Sofazr Ceraikan Isteri dengan Talak Satu Menerusi WhatsApp