Keadaan ini memaksa negara seperti Itali, Sepanyol dan Denmark untuk menghalang perhimpunan awam. menutup institusi pendidikan dan membatalkan acara sukan. Menyedari hakikat ini, kesemua Apple Store yang berada di luar China akan ditutup.
Penutupan Apple Store di seluruh dunia ini berkuasa kuasa serta merta sehingga 27 Mac 2020. Sebelum ini hanya Apple Store di China ditutup tetapi kesemua 42 bilik pameran telahpun dibuka sejak awal minggu ini kerana Covid-19 mula terkawal di negara tersebut. Selain itu Apple mengumumkan setakat ini $15 juta derma untuk meringankan beban ke atas ekonomi dan komuniti akibat Covid-19 telah berjaya dikumpul.
Sumber: Amanz Portal