in

Apple Lancar iPhone 7 & iPhone 7 Plus

Apple hari ini melancarkan dua versi terkini iPhone dengan menyasarkan lebih ramai pengguna dalam pasaran telefon pintar global yang tepu ketika ini.

iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, dengan kecanggihan teknologi kamera terbaharu, kalis air dan ciri-ciri lain, dilancarkan pada acara media di sini, awal pagi tadi.

https://youtu.be/Q6dsRpVyyWs

Salah satu ciri terbaharu yang mungkin mengecewakan sebahagian pengguna ialah ketiadaan lubang fon kepala, dan memerlukan audio dikeluarkan menerusi penyambung ‘bercahaya’ Apple atau secara tanpa wayar.


Sehubungan itu, Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook berkata, telefon pintar terbaharu itu akan memanfaatkan sepenuhnya perisian terkini iPhone, iOS 10.

“Kita akan lancar iOS, pelancaran terbesar iOS setakat ini. Ia penuh dengan ciri-ciri terbaharu,” kata Cook.

“Sudah tentu sistem operasi bagi telefon paling canggih di dunia berhak mendapat telefon pintar paling canggih dan ia berada di sini.”

Pelbagai perkara yang ditawarkan adalah lebih kurang sama seperti iPhone 7, termasuk sokongan kalis air dan juga debu, kebolehan rakaman RAW, butang Home berasaskan sensitif tekanan, dan tiada lagi sokongan audio-jack – tetapi digantikan dengan penggunaan berasaskan Lightning.

Apple iPhone 7 plus ini turut hadir dengan tiga storan berbeza, bermula 32GB, 128GB dan juga 256GB. Ia akan dijual di beberapa buah negara terlebih dahulu. Dari segi harga, Apple mengatakan ia akan dijual pada harga bermula sama seperti Apple iPhone 6S sebelum ini.

Telefon pintar itu akan mula dijual pada harga yang sama seperti model terdahulu, bermula dengan AS$649 (RM2,569) bagi iPhone 7 untuk pembeli di Amerika Syarikat manakala penghantaran ke 25 negara lain bakal bermula pada 16 September.

iPhone 7 Plus, versi “phablet,” Apple termasuk kamera berkembar bagi meningkatkan prestasi optikal dan kualiti gambar.

Dalam pada itu, Apple turut mengumumkan Apple Watch Series 2 dan kerjasama mereka dengan Nike.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harimau Hipster Terus Ungguli Super Spontan Superstar

Sacoor Brothers Presents F/W 2016 Celebration of Authenticity