Apple telah melancarkan empat model iPhone terbaru mereka iaitu iPhone 13, 13 Mini, 13 Pro dan 13 Pro Max jam 1 pagi tadi tanggal 15 September 2021. Budiey percaya, pasti ramai yang nak tahu apakah elemen dan fungsi yang menarik pasal iPhone siri terbaru ni? Meh sini Budiey kongsikan dalam entri ini.
iPhone 13 & iPhone 13 mini
Seperti yang dijangkakan, Apple mengumumkan produk yang dinantikan saban tahun, setahun sekali iaitu model terbaru telefon pintar iPhone 13 dan iPhone 13 mini. Kalau kita perhatikan dari segi bentuk fizikalnya, ia dilihat masih lebih kurang sama dengan iPhone 12 dan iPhone 12 Mini tetapi dengan ditambah baik dengan pelindung seramik yang dikatakan lebih tahan hentakan.
Walaubagaimana pun, perkara ini masih mengecewakan segelintir peminat Apple memandangkan tidak banyak perubahan pada fizikal. Dikatakan Apple hanya menampilkan revolusi bukan evolusi pada rekaan iPhone kali ini.
Seperti biasa, menurut kata Tim Cook:
Tinjuan di media sosial mendapati ramai yang kecewa dengan spesikifasi bagi model iPhone 13 biarpun dikatakan mempunyai beberapa ciri yang ditambah baik daripada model sebelumnya.
Antara keluhan mereka termasuklah warna yang diperkenalkan oleh Apple hanya sekadar memperkenalkan dua warna baharu iaitu Sierra Blue bagi model Pro manakala warna merah jambu bagi siri biasa.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila Apple dikatakan akan memperkenalkan warna merah jambu terang dan warna gangsa bagi edisi kali ini namun ternyata ia hanya sekadar khabar angin.
Selain itu, ada diantara mereka juga telah memerli Apple mengenai perbandingan kamera iPhone 13 dengan iPhone 12 yang dilihat hanya berbeza dari segi kedudukannya.
Apa yang pasti, perubahan sedikit pada takuk pada skrin pula yang dikatakan lebih kecik berbanding sebelum ini yang menyokong HLG dan Dolby Vision telah membuka ramai pihak kerana jenama lain sudah berada di hadapan di mana tiada takuk dalam produk peranti mereka.
Dikuasakan dengan Apple A15 Bionic 5nm.
Kedua-dua model iPhone terbaru ini kini dikuasakan oleh cip pemprosesan Apple A15 Bionic 5nm. Apple mendakwa cip terbaru mereka kini 50% lebih pantas serta kuasa grafik 30% lebih pantas dari pesaingnya.
Pergh! Display confirm puas hati.
Skrin Sebesar 6.1″
iPhone 13 hadir dengan skrin sebesar 6.1″ daripada panel OLED dengan resolusi Super Retina XDR dan iPhone 13 Mini pula hadir dengan skrin sebesar 5.4″. Dari segi rekaan pula peranti kini mempunyai panel sisi logam aluminium yang rata menyerupai model tahun lalu. Kaca hadapan pula hadir dengan pelindung seramik yang menurut Apple adalah lebih tahan hentakan.
Pada waktu yang sama skrin peranti kini bukan sahaja menyokong HDR10 tetapi juga HLG dan Dolby Vision. Pada model tahun ini, sistem imbasan wajah Face ID dikekalkan tetapi takuk pada skrin akhirnya lebih kecil kerana earpiece diletakkan pada bahagian bezel atas.
Kedua-dua iPhone ini dijana cip Apple A15 Bionic yang menawarkan 50% kuasa CPU lebih pantas dan 30% kuasa GPU lebih pantas berbanding pesaing.
Dwi-Kamera 12 Megapixel
Untuk kamera belakang, kedua-duanya didatangkan dengan dwi-kamera 12 megapixel yang menyokong ‘night mode’ lebih baik serta ‘cinematic mode’ yang akan memberikan pengalaman rakaman video seakan-akan untuk filem dengan fokus dan penstabilan yang lebih baik.
Perkenal Cinematic Mode
Apple kini turut memperenalkan satu ciri terbaru bagi rakaman video yang dikenali sebagai Cinematic mode.
Cinematic mode akan memudahkan pengguna iPhone mengubah fokus mereka secara automatik ketika rakaman video dibuat serta menyokong rakaman audio Dolby Vision HDR.
iPhone 13 dan 13 mini ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple Bionic A15 yang dikatakan mempunyai 50% kuasa CPU lebih laju serta 30% kuasa GPU lebih pantas.
Konfigurasi dwi-kamera 12-megapixel kini dengan Sensor-Shift untuk sokongan mod malam lebih baik serta mod Cinematic serba baharu. Kamera swafoto juga sama 12 -megapixel. Dwi kamera utama menggunakan sensor sudut lebar dan ultra sudut lebar.
Cinematic mode memudahkan pengguna mengubah fokus mereka secara automatik ketika rakaman video dibuat serta menyokong rakaman audio Dolby Vision HDR.
Mod Cinematic ini memberikan pengalaman rakaman video seakan merakam video untuk filem dengan fokus dan penstabilan lebih baik.
Pengecasan & Bateri
Kedua-dua iPhone baharu ini masih menyokong pengecasan MagSafe. Ketahanan bateri juga adalah lebih lama daripada iPhone 12 dan iPhone 12 Mini.
Menurut Apple, bateri iphone 13 dan iphone 13 mini kali ini adalah lebih besar sekaligus meninggkatkan keupayaannya untuk bertahan :
1. 2.5 jam lebih lama dari model iPhone 12 bagi iphone 13
2. 1.5 jam lebih lama dari model iphone 12 mini bagi iphone 12 mini
Apple juga memuatkan bateri yang lebih besar ke dalam iPhone 13. apple menyatakan keupayaan bateri iPhone 13 meningkat sehingga mampu bertahan 2.5 jam lebih lama dari model iPhone 12.
Harga Jualan
Apple menyatakan harga jualan iPhone 13 dan iPhone 13 Mini akan kekal sama dengan harga pelancaran iPhone 12 dan iPhone 12 Mini pada tahun lepas.
Storan iPhone 13 juga kini bermula dari 128GB, 256GB dan 512GB.
iPhone 13 Mini
- RM 3399 – 128GB
- RM 3899 – 256GB
- RM 4799 – 512GB.
iPhone 13
- RM 3899 – 128GB
- RM 4399 – 256GB
- RM 5299 – 512GB
Apple iPhone 13 ditawarkan pada harga bermula dari RM 3899 untuk storan sebesar 128GB dan meningkat ke RM5299 untuk model dengan 512GB dengan kapasiti 64GB akhirnya dilupakan. Sementara itu Apple iPhone 13 Mini pula dijual pada harga bermula RM 3399 untuk model 128GB dan RM4799 untuk model 512GB. Warna yang ditawarkan pula ialah merah jambu, biru, Midnight, Starlight dan Product (RED).
Menyokong Dua eSIM Serentak
Satu lagi perkara menarik pada keempat-empat model iPhone 13 tahun yang tidak diuar-uarkan ketika acara pagi tadi ialah sokongan dwi eSIM secara serentak. Pemilik peranti boleh menggunakan dua e-SIM secara serentak buat pertama kali dalam sejarah iPhone.
Pada waktu yang sama masih terdapat talam untuk satu SIM bersaiz nano. Namun begitu harus kami tegaskan iPhone hanya boleh menyokong dua rangkaian selular secara serentak sahaja. Sama ada gunakan dua eSIM serentak atau memadankan SIM fizikal dengan satu eSIM. Bagi mereka yang sudah berjinak-jinak dengan kehidupan nir SIM fizikal, iPhone 13 ialah peranti yang sesuai untuk anda.
iPhone 13 Pro & 13 Pro Max
Model telefon pintar terbaru paling pro dari Apple iaitu iPhone 13 Pro Dan iPhone 13 Pro Max diumumkan hari ini.
Seperti yang dikatakan tadi, di acara Apple Event sebentar tadi terdapat 4 model iPhone dilancarkan. Selepas iPhone 13 dan iPhone 13 Mini, Apple turut melancarkan iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max. Seperti iPhone 13, ia turut menggunakan rekaan sama pada tahun lepas dengan sedikit sahaja perubahan. Ia dijana dengan cip Apple A15 Bionic 5nm, menggunakan skrin OLED Super Retina XDR dan mempunyai konfigurasi kamera lebih hebat.
Apple mengakui, iPhone 13 Pro kini 50% lebih pantas dari pesaingnya. Kedua-dua model iPhone 13 Pro ini dikuasakan oleh cip Apple A15 Bionic.
Skrin Super Retina XDR nya juga kini dengan ciri ProMotion yang menyokong kadar segar sehingga 120Hz.
Turut dijana cip Apple A15 Bionic, kedua model flagship ini dilengkapi GPU lima teras untuk prestasi gaming yang lebih pantas selain fungsi kamera yang lebih teliti.
Menggunakan skrin sama iaitu Super Retina XDR, ia turut menggunakan teknologi ProMotion yang menyokong kadar segar (fresh rate)sehingga 120Hz.
Akhirnya, selepas sekian lama menanti Apple menyertakan sokongan kadar segar semula 120Hz untuk iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max melalui teknologi ProMotion. Saiz skrin adalah 6.1-inci untuk iPhone 13 Pro dan 6.7-inci untuk iPhone 13 Pro Max. Peranti ini menggunakan bahan binaan premium yang sama iaitu Ceramic Shield dan Aluminium untuk menjamin ketahanan peranti.
Kamera Dipertingkatkan
Kamera iPhone 13 Pro juga dipertingkatkan di mana ia menggunakan lensa Telephoto 77mm, ultra lebar dan lensa lebar terbaru serta ketiga-tiga kamera utamanya menyokong ciri mod Malam.
Malah Kamera iPhone 13 Pro juga kini menyokong ciri macrophotography terbaru yang membolehkan kamera iPhone 13 Pro rapat kepada subjek sehingga 2cm.
iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max mengekalkan tetapan tri-kamera dan juga sensor LiDAR. Dengan sokongan LiDAR dan algoritma Apple yang terkini, ia juga mampu mengoptimasikan kualiti gambar dan video seperti menyokong rakaman yang mod malam lebih baik serta rakaman video 4K HDR, Apple ProRes, atau juga Dolby Vision HDR.
Konfigurasi tri-kamera ini adalah daripada sensor Pro 12MP f/1.5 sudut lebar, ditemani dengan sensor 12MP f/1.8 sudut ultra-lebar dan juga sensor 12MP f/2.8 telefoto seperti model tahun lepas. Penambahbaikan lain yang diperkenalkan adalah semua sensor menyokong mod malam, mod makro pada sudut ultra lebar atau juga Photographic Styles. Sudah tentu, mod Cinematic yang diperkenalkan pada iPhone 13 dan iPhone 13 Mini juga ditawarkan.
Bateri Tahan Lebih Lama
Apple mendakwa, bateri iPhone 13 Pro Max kini mampu bertahan sehingga 2.5 jam lebih lama berbanding iPhone 12 Pro Max.
Apple juga mengekalkan perlindungan IP68, bateri yang lebih tahan lama, serta turut mempunyai sistem pengecasan MagSafe. iPhone 13 Pro tahan lebih 1.5 jam daripada 12 Pro dan 2.5 jam lebih lama untuk 13 Pro Max berbanding iPhone 12 Pro Max.
Pilihan Storan
Pilihan storan iPhone 13 Pro Dan iPhone 13 Pro Max bermula dari 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB.
Harga & Tarikh Tempahan
Pra tempah 13 Pro Dan iPhone 13 Pro Max dibuka dari hari Jumaat ini.
iPhone 13 Pro Max bermula pada harga RM5299 untuk storan 128GB dan mencapai sehingga RM7599 untuk storan 1TB.
Manakala iPhone 13 Pro pula bermula pada harga RM4899 untuk 128GB dan mencecah sehingga RM7199 untuk 1TB dengan pilihan warna Sierra Blue, emas, perak dan Graphite.
iPhone 13 Pro
- RM 4899 – 128GB
- RM 5399 – 256GB
- RM 6299 – 512GB
- RM 7199 – 1T
iPhone 13 Pro Max
RM 5299 – 128GB
RM 5799 – 256GB
RM 6699 – 512GB
RM 7599 – 1T
Ditawarkan Di Malaysia Bermula 8 Oktober
Untuk pengguna tempatan, anda boleh melakukan pra-tempahan untuk iPhone 13, iPhone 13 Mini, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max bermula 1 Oktober melalui laman rasmi Apple.
Selain itu, syarikat telekomunikasi turut dijangka membuka pra-tempahan masing-masing pada tempoh lebih kurang sama.
Di Malaysia, iPhone 13 ditawarkan pada harga bermula RM3899, iPhone 13 Mini pada harga bermula RM3399, iPhone 13 Pro pada harga bermula RM4899, dan akhir sekali iPhone 13 Pro Max pada harga bermula RM5299. Apple turut menyediakan penawaran storan sehingga 1TB melalui iPhone 13 Pro
Harga Jualan iPhone 12 Mini & iPhone 12 Jatuh
Dengan pengumuman siri terbaru iPhone 13 yang akan memasuki pasaran tempatan bermula 8 Oktober kelak, kini Apple turut mengemaskini harga jualan untuk iPhone 12 Mini dan juga iPhone 12.
iPhone 12 Mini kini ditawarkan pada harga bermula RM2899 (dilancarkan pada harga RM3399 pada tahun lepas). Sementara iPhone 12 pula kini disenaraikan pada harga RM3399 (ditawarkan pada harga bermula RM3899 pada tahun 2020).
Selain itu, pengguna turut boleh mendapatkan iPhone 11 pada harga bermula RM2399.
Sokongan 5G mmWave Pada iPhone 13 Masih Hanya Untuk Pasaran Amerika Syarikat
Terdapat dua mod rangkaian 5G yang digunakan oleh syarikat telekomunikasi dunia. Rangkaian 5G mmWave adalah lebih pantas berbanding sub-6GHz yang juga digunakan. Tahun ini seperti tahun lalu, sokongan rangkaian 5G mmWave akan hanya diberikan pada iPhone untuk pasaran Amerika Syarikat.
Ura-ura yang mengatakan sokongan mmWave akan dikembangkan kepada model di luar pasaran Amerika Syarikat nampakanya tidak menjadi kenyataan. Bagi pengguna di Malaysia ini bukanlah berita yang besar kerana rangkaian 5G masih belum wujud dan setakat ini hanya TM dan U Mobile menunjukkan ujian dengan mmWave.
Rakaman Video ProRes 4K Terhad Kepada iPhone 13 Pro Dengan Storan Minima 256GB
Di acara Apple Event pagi tadi, Apple telah melancarkan empat iPhone baharu dalam siri iPhone 13. Dua iPhone yang paling premium, iaitu iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max digelar sebagai Apple First kerana terdapat ciri dan fungsi yang hanya terhad kepadanya.
Untuk rakaman video, sudah semestinya dua peranti yang paling mahal ini mempunyai pelbagai sokongan rakaman video yang lebih menarik dan hebat seperti format ProRes, Dolby Vision, HDR dan banyak lagi.
Untuk rakaman video ProRes pada kadar 4K 30fps, ia hanya terhad kepada iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max dengan storan 256GB dan ke atas sahaja. Pengguna yang kelak membeli variasi 128GB hanya boleh merakam pada kadar 1080p 30fps.
Format rakaman ini sudah tentu akan memakan lebih banyak ruangan storan. Cuma agak kesian, peranti yang dijual bermula RM4899 tidak dapat menggunakan semua fungsi.
Apple Menambah Pilihan Storan Sehingga 1TB Untuk iPhone – Harga Mencapai Sehingga RM7599
Apple hari ini telah memperkenalkan iPhone 13 Pro, sekaligus membuka dimensi baharu dalam arena telefon pintar apabila menawarkannya dalam pilihan storan 1TB.
Dengan penawaran storan sebesar ini, kita mungkin akan melihat pelbagai pengeluar lain turut mengikutnya – dan mengekalkan prestasi telefon dengan menggunakan storan terbina, berbanding dengan penggunaan stora tambahan.
Apa pun, dengan saiz storan besar, ia turut membawa kepada harga jualan agak tinggi.
iPhone 13 Pro ditawarkan dengan storan 1TB pada harga RM7199, sementara iPhone 13 Pro Max pula ditawarkan pada harga RM7599 untuk model 1TB.
Sumber: Apple & Amanz