in ,

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Apple Event 11 September 2019

In case la kan, kalau korang nak tahu apa isi penting masa pembentangan & pelancaran produk Apple jam 1 pagi tadi. Produk semua teknologi tu tak segah dengan harga.

So tak payah nak upgrade. Sekarang ni Budiey hanya tunggu nak update iOS 13 je pada 20 September ni dan iPad OS pada 1 Oktober. Nak langgan Apple TV+ sebab murah je kena bayar RM19.90 sebulan. Thats all. Selebihnya tunggu pelancaran produk 2020 tahun depan. Itu pun kalau Apple buat perubahan besar pada teknologi. Kalau tak buat gak, Budiey istihar boikot. Gittew.

APPLE Inc memperkenalkan tiga model peranti telefon pintar baharu milik mereka iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max yang memfokuskan kepada keupayaan spesifikasi serta prestasi peranti.

Pengenalan produk yang ditunggu-tunggu itu dilakukan awal pagi tadi ketika majlis tahunan yang diadakan di Cupertine, California, Amerika Syarikat (AS). Menyentuh dua peranti premium keluaran Apple iaitu iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, kedua-dua peranti itu memiliki spesifikasi yang hampir sama namun dibezakan menerusi penambahbaikan pada prestasi kamera.

Apple Lancar iPhone 11

iPhone 11, 11 Pro Dan 11 Pro Max Kini Rasmi Dilancarkan, Harga Bermula Dari RM3399

Aspek spesifikasi pula, iPhone 11 Pro didatangkan dengan skrin berkeluasan 5.8 inci manakala varian tinggi iaitu iPhone 11 Pro Max menggunakan saiz 6.5 inci mengekalkan rekaan bagi siri ‘Max’ iaitu hadir dengan skrin lebih besar.

Kedua-dua varian ini menggunakan skrin OLED untuk menghasilkan tona warna pada paparan lebih baik selain menawarkan sokongan HDR.

Peranti berkenaan menggunakan pemproses cip Apple A13 Bionic berbanding varian terdahulu yang menggunakan A12 dan penggunaan cip terbaru itu menawarkan 20 peratus kuasa lebih baik.

Keupayaan kamera pula, Apple menggunakan tetapan tiga lensa yang disusun membentuk segitiga dan rekaan itu sememangnya sangat berbeza dengan jenama telefon pintar yang lain.

Apple Lancar iPhone 11

Kamera utama menggunakan lensa berkeupayaan 12 megapixel (MP), lensa telefoto 12MP dan lensa ultra lebar 12MP.

Ini adalah kali pertama Apple menggunakan tetapan tiga lensa bagi peranti telefon pintar mereka dan menjanjikan hasil rakaman video serta gambar yang lebih berkualiti.

Prestasi bateri pula, iPhone 11 Pro memberikan empat jam lebihan masa penggunaan jika dibandingkan dengan iPhone XS manakala iPhone 11 Pro Max mula memberikan lebihan lima jam berbanding XS Max.

Lebih menarik apabila Apple kali ini akan menyertakan pengecas pantas 18W bersama pembelian iPhone tidak seperti sebelum ini apabila pengguna perlu membeli secara berasingan.

Tanda harga bagi iPhone 11 bermula RM3,399, iPhone 11 Pro RM4,899 manakala iPhone 11 Pro Max pada harga RM5,299 dan pengguna boleh melakukan pilihan storan 64GB, 256GB dan 512GB.

Satu sahaja fungsi yang berbaloi dalam model Pro kali ni iaitu pengguna boleh shoot satu video yang sama tetapi guna tiga kamera serentak. Seamless transition daripada ultra wide, wide to telephoto. Kita boleh bayangkan ramai videographer/Youtuber yang selalu “on the move” akan suka function ni. Tak perlu tukar-tukar lens macam kamera biasa, tak perlu shoot 3 angle berasingan. Masa editing pun senang. 

Apple Memperkenalkan iPad Generasi Baru Dengan Skrin 10.2-inci

Selain pengumuman berkaitan dengan perkhidmatan mereka, Apple hari ini turut memperkenalkan iPad terbaru mereka yang akan menggantikan iPad generasi ke-6 sebelum ini. iPad baru generasi ke-7 ini hadir dengan skrin 10.2-inci serta dijana dengan sistem operasi iPad OS terbaru.

Bersama-sama dengan skrin sedikit besar, ia juga turut menawarkan prestasi yang dikemaskini. iPad OS pada tablet ini turut memberikan lebih banyak kemudahan untuk membuat multi-tugasan.

ipad

iPad baru ini turut menyokong input dan penggunaan Apple Pencil padanya. Ini sekaligus menjadikan iPad generasi baru sebagai tablet produktiviti yang sangat berguna. Sambungan Smart Connecter untuk menyambungkan aksesori turut disertakan pada tablet ini.

Seperti dinyatakan oleh Apple sebelum ini, iPad generasi baru ini turut akan menyertakan langganan Apple TV+ selama setahun secara percuma.

Di Malaysia, iPad generasi ketujuh ini ditawarkan pada harga bermula RM1449 untuk versi WiFi, dan RM1999 untuk versi selular.

ipad

Apple Watch Series 5 Punyai Ciri Always On Display

Turut dipersembahkan pada acara kali ini adalah Apple Watch Series 5 yang sarat dimuatkan dengan pelbagai ciri menarik didalamnya. Seperti sebelum ini, Apple Watch Series 5 hadir dengan saiz 40mm dan juga 44mm, selain menariknya kini hadir dengan sokongan skrin sentiasa aktif – “Always On Display”. Awlaaupun ia sentiasa aktif, Apple mengatakan ia masih menjanjikan masa penggunaan selama 18 jam lamanya.

Disamping itu, Apple Watch Series 5 hadir dengan rekaan berasaskan binaan titanium dan juga seramik.

Apple Watch

Menerusi pengumuman yang dibuat, barisan Apple Watch kali ini akan mempunyai ciri always on display membolehkan pengguna mudah melihat paparan jam. Walaupun disertakan dengan ciri ini, Apple masih menjanjikan kuasa bateri yang mampu bertahan 18 jam seharian.

Selain daripada itu, dengan hanya memusingkan sedikit pergelangan tangan, paparan akan berubah mengikut aplikasi yang dibuka. Menariknya tentang model kali ini adalah ciri kompas terbina serta panggilan kecemasan antarabangsa yang boleh dilakukan tanpa memerlukan kehadiran iPhone.

Apple Watch

Ditawarkan dengan 4 jenis binaa iaitu aluminium, besi, titanium serta seramik harga jualan bermula dari RM1749 dan penawaran akan bermula pada 20 September 2019.

Apple Arcade Tampil dengan Harga Langganan RM19.90 Sebulan

Pada majlis sama, Apple turut memperkenalkan beberapa produk baru mereka iaitu Apple Watch Series 5, Apple Arcade, Apple TV+ dan generasi baru iPad. Apple hari ini telah pun mengambil pentas utama pada acara khas mereka, dan berkongsi berkenaan sejumlah penawaran mereka yang terbaru. Produk yang pertama dipertontonkan oleh Apple adalah Apple Arcade.

Apple Arcade adalah perkhidmatan langganan bulanan yang memberikan anda akses kepada permainan video untuk dimainkan pada pelbagai saiz peranti – daripada telefon pintar kepada komputer dan kaca televisyen.

Apple mengatakan Apple Arcade menawarkan sejumlah kandungan eksklusif dan permainan tanpa keperluan anda membuat sebarang pembelian dalam-aplikasi. Permainan berkenaan juga dijangka menawarkan kualiti grafik setaraf konsol.

Bagi Apple Arcade pula, ia akan dilancarkan sepenuhnya pada 19 September ini membabitkan lebih 150 negara dengan harga langganan yang sama seperti Apple TV+.

Apple menjanjikan bahawa Apple Arcade menawarkan sejumlah kandungan eksklusif serta permainan yang mempunyai keupayaan grafik setaraf konsol.

Apple Arcade akan ditawarkan bermula 19 September 2019 ini di lebih 150 buah negara, dan ia akan menawarkan harga langgaan sebanyak RM19.90 sebulan.

Langganan Apple TV+ Beri Saingan

Untuk perkhidmatan terbaru mereka iaitu Apple TV+, ia akan dilancarkan pada 1 November depan dengan harga langganan sebanyak RM19.90 dan ia menawarkan sejumlah video berbentuk filem, rancangan televisyen, dokumentari dan sebagainya.

Di Malaysia pengguna cukup gemar dengan barangan percuma yang diberikan dengan setiap pembelian. Ia biasanya hadir dalam bentuk pelindung skrin, kerangka dan kad memori tambahan. Apple ialah syarikat yang cukup terkenal kerana tidak pernah menawarkan barangan percuma walaupun produk mereka dijual pada harga yang tinggi.

Tetapi tahun ini perubahan drastik berlaku dan mereka menawarkan langganan perkhidmatan penstriman video Apple TV+ percuma dengan setiap pembelian beberapa produk terpilih.

Langganan percuma Apple TV+ selama setahun diberikan kepada pembeli kesemua model iPhone, iPad, iPod Touch, Mac dan Apple TV bermula hari ini. Ia perlu ditebus tiga bulan selepas pembelian dilakukan.

Apple TV+ akan ditawarkan di Malaysia bermula 1 November ini dengan bayaran langganan RM19.90 sebulan. Penawaran ini ialah strategi Apple untuk menarik minat pengguna yang mungkin telahpun mempunyai beberapa langganan kepada perkhidmatan seperti Netflix dan iFlix misalnya. Dengan pelancaran Disney+ juga pada tahun ini, perang penstriman video akan menjadi semakin hangat.

Sumber: Harian Metro, Amanz Portal
Apple Lancar iPhone 11

iPhone 11: Harga bermula USD699

64GB: RM3,399

128GB: RM3,599

256GB: RM4,099

iPhone 11 Pro: Harga bermula USD999

64GB: RM4,899

256GB: RM5,599

512GB: RM6,499

iPhone 11 Pro Max: Harga bermula USD1,099

64GB: RM5,299

256GB: RM5,999

512GB: RM6,899

Siap sedia untuk jual buah pinggang masing-masing.

Yang dah beli iPhone XS tahun lepas, buah pinggang ada lagi tak?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebutan Kes Cerai Siti Fazurina & Suami

Sharnaaz Masih Sayang Nabila, Enggan Bercerai