Apple sebelum ini telah mengumumkan perkongsian mereka mengenai peralihan dari menggunakan cip Intel kepada cip binaan mereka sendiri. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, menerusi acara tahunan Apple Events yang ke-3 untuk tahun ini, Apple telah memperkenal dan melancarkan cip Apple Silicon pertama mereka, cip M1, cip yang memfokuskan kepada prestasi tinggi dan juga kecekapan tenaga dalam binaan 5nm.. Cip M1 tampil dengan prestasi kuasa dan grafik yang lebih baik berbanding generasi terdahulu.
Menurut Apple, cip 5nm ini hadir dengan 8 teras CPU, 8 teras GPU dan 16 teras Neural Engine. Ia dibina dengan Unified Memory Architecture (UMA) yang menghasilkan lebar jalur yang tinggi dan latensi yang rendah. Cip M1 mempunyai prestasi CPU yang terbaik di dunia. Cip ini turut hadir dengan pengurusan jangka hayat bateri yang lebih baik.
Ia adalah dari senibina ARM dan juga unified memory architecture (UMA) dan hadir dengan 8 teras CPU, sehingga 8 teras GPU, dan 16 teras Neural Engine. Apple tidak berkongsi dengan lebih lanjut kelajuan CPU, namun menyatakan 8 teras CPU tersebut terdiri dari 4 teras utama prestasi tinggi dan 4 teras lagi cekap tenaga.
Cip Apple Silicon pertama M1 dilancar: Prestasi lebih tinggi dari cip komputer lain di pasaran
Pada M1 juga Apple memuatkan sebanyak 16 billion transistor. Ia merupakan cip dengan jumlah transistor paling banyak yang pernah Apple hasilkan.
Mengenai prestasi CPU M1, Apple tidak menceritakan dengan terperinci perbandingan dengan cip yang lain seperti Intel namun hanya membuat kenyataan cip M1 mereka adalah lebih pantas dari cip laptop PC sahaja.
Cip pemprosesan ini juga turut menawarkan sokongan untuk USB 4, disamping Apple mengatakan ia turut menawarkan sokongan pengaktifan serta-merta, disamping menawarkan kuasa pemprosesan yang baik.
Cip ini akan mengoperasikan MacBook Air, MacBook Pro 13 inci dan Mac mini dengan prestasi tinggi. Menurut Apple, MacBook Air yang dijana cip ini boleh menayangkan video sehingga 18 jam dalam satu pengecasan dan sehingga 20 jam untuk MacBook Pro baharu. Komputer riba pertama yang hadir dengan cip Apple M1 ini adalah MacBook Air terbaru.
Apple turut memperlihatkan yang mana cip ini menawarkan prestasi kuasa dan grafik yang lebih baik, disamping pada masa yang sama lebih efisien dan jimat penggunaan tenaga bateri.
Untuk prestasi GPU pula, ia adalah merupakan pemprosesan grafik terbina terpantas di dunia. Mengikut dakwaan Apple ini, ia adalah lebih pantas dari grafik Intel Iris Xe terbaharu. Apple juga turut memperlihatkan prestasi GPU mereka yang boleh mencecah sehingga 2.6 teraflops.
Jika dilihat dari sekadar nombor, Iris Xe Max hanya mempunyai sekadar 2.46 teraflops sahaja.
Antara kelebihan menggunakan cip Apple M1 apabila diaplikasikan kepada komputer Mac Apple, komputer akan aktif dan hidup serta merta seperti sebuah telefon pintar, 1.9x lebih pantas, sistem operasi dan juga animasi lebih lancar.
Kelebihan paling menarik sudah tentunya penggunaan komputer yang lama disebabkan cip berasaskan ARM jimat tenaga berbanding cip seperti Intel.
Dengan pengenalan cip M1 ini, Apple juga secara rasmi mengumumkan kehadiran cip ini dalam komputer riba MacBook Air dan juga MacBook Pro terbaharu mereka.