Apa pun, kini Apple dilihat telah berjaya merampas takhta berkenaan kembali, dan kini bernilai sekitar $2.63 trilion berdasarkan harga saham semasa.
Peningkatan harga saham Apple ini berlaku selari dengan laporan mengatakan Apple akan mempercepatkan lagi pengeluaran kenderaan elektrik mereka tersendiri – seawal 2025kelak.
Mengikut laporan sama, kereta Apple dijangka tidak menyertakan sebarang stering, dan mungkin membuka peluang untuk Apple turut menawarkan perkhidmatan pengangkutan selain menjual kenderaan.
Sumber: Amanz