Rasanya, jauh panggang dari api untuk kita bandingkan lapangan terbang Changi Singapura dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Tambah lagi apabila Jewel Changi Airport dah siap dan menjadi tumpuan semua orang untuk bergambar di air terjun buatan yang cukup cantik bagai air terjun jatuh dari bumbung langit.
Jadi tak payah nak bandingkan la ya. Bukan nak cakap lapangan terbang negara kita tak cantik. Cantik tu cantik la tapi dari segi rekabentuk dan daya tarikan serta kemudahan fasilitas airport kita dah ketinggalan zaman dah. Sepatutnya upgrade la sikit agar ia nampak seiring dengan dunia canggih masakini.
Namun, apa yang Budiey nak cakap kat sini, satu lagi yang buat korang khususnya peminat produk Apple akan cakap, Wah, steadylah Singapura. Hari ini, adalah hari pembukaan rasmi atau sneak prebiu untuk Apple Jewel Changi Airport. Satu-satunya Apple Store terbina di lapangan terbang di mana-mana dalam dunia ini. Fuh! Amazing.
Jadi, sebelum ini, tiada Apple Store yang dibuka di lapangan terbang la ya? Kalau kedai-kedai pengedar sah seperti Machines dan sebagainya tu memang berlambaklah di lapangan terbang. Jadi, ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh warga Singapura, iya kan?
Apa yang uniknya Apple Jewel Changi Airport ni? Selain dari lokasinya yang sememangnya sentiasa dikunjungi ramai pelawat atau pengunjung yang berlegar-legar untuk menanti masa untuk terbang ke awan biru, Apple Store ini mempunyai staf atau crew yang fasih bercakap dan berkomunikasi dalam 11 bahasa termasuklah bahasa isyarat! Ini bersesuaian dengan lapangan terbang di Changi ini yang dikunjungi oleh pelancong yang datang dari seluruh dunia.
Sempena dengan pembukaan rasmi hari ini, pengunjung khususnya yang suka mengambil gambar, diberi peluang untuk menyertai Photo Walk: The Magic of Jewel Changi Airport di mana anda diberi pendedahan tentang bagaimana untuk mengambil gambar dengan gaya profesional di lapangan terbang ini.
Mungkin ada antara kita yang tak berapa nak kenal lokasi menarik yang sesuai untuk bergambar kan? Program ini sudah tentu akan memberikan satu pengalaman yang ohsem untuk pengunjung. Best, kan?
Sebelum ini, lapangan terbang Changi yang baharu dibina menjadi viral di laman sosial kerana menjadi daya tarikan pengemar Instagram untuk tidak melepaskan peluang bergambar di sini. Terdapat banyak spot untuk bergambar dengan latar belakang yang cukup cantik.
Photo Credit: Instagram