Apple telah melancarkan model terbaharu mereka, iaitu iPhone 12 yang menjanjikan reka bentuk yang lebih unik dengan menampilkan teknologi 5G.
Peranti terbaharu iPhone 12 ini dilihat menjanjikan ciri-ciri yang lain dari yang lain, namun beberapa pengguna Apple tampil membuat dakwaan bahawa iPhone 12 kali ini adalah mirip iPhone 5. Memang sama tapi mungkin ada sikit bezanya.
Antara spesifikasi utama pada siri iPhone 12 ini adalah sokongan 5G dan spesifikasi skrin Super Retina XDR. Antara perbezaan di antara model dalam siri iPhone 12 ini pula adalah dari segi spesifikasi kamera pada beberapa model.
Siri iPhone 12 dijana cipset A14 Bionic yang hadir dengan CPU 6 teras, GPU 4 teras dan enjin neural 16 teras. Menurut Apple, CPU A14 Bionic adalah 50% lebih pantas berbanding cip lain.
iPhone 12 hadir dengan paparan berukuran 6.1 inci, manakala iPhone 12 mini hadir dengan paparan berukuran 5.4 inci. Kedua-dua peranti ini hadir dengan spesifikasi yang sama seperti dua kamera utama dan pilihan warna sama.
Dari segi rekaan pula peranti kini mempunyai panel sisi logam aluminium yang rata menyerupai yang ditemui pada iPad Pro.
Lebih menarik, kedua-dua model ini memiliki litupan panel hadapan Ceramic Shield yang dikatakan mampu meningkatkan daya tahan lasak sehingga 4x lebih baik berbanding iPhone 11.
Antara spesifikasi asas iPhone 12 dan iPhone 12 mini adalah seperti berikut:
- Cip A14 Bionic
- Storan 64/128/256GB
- Paparan Super Retina XDR
- Dua kamera utama 12MP (ultra lebar) + 12MP (lebar)
- Sokongan rakaman video 4K@60fps
- Sokongan 5G
- Sokongan tahan air dan habuk
- Sokongan game League of Legends dan Wild Rift
- Sokongan MagSafe
- Face ID
- Pilihan warna White, Blue, Black, Green dan (PRODUCT) Red
Untuk pengetahuan anda, siri iPhone 12 tidak disertakan pengecas dan EarPods bersama memandangkan Apple berhasrat untuk ke arah lebih mesra alam. Namun, anda akan mendapat wayar kabel Lighting ke USB-C bersama dalam kotak siri iPhone 12.
Kaca hadapan pula hadir dengan pelindung seramik yang menurut Apple adalah lebih tahan hentakan. Pada waktu yang sama skrin peranti kini bukan sahaja menyokong HDR10 tetapi juga HLG dan Dolby Vision. Pada model tahun ini, sistem imbasan wajah Face ID dikekalkan tetapi takuk pada skrin kini telah dikecilkan sedikit.
Apple iPhone 12 Mini ialah model skrin sebesar 5.4″ dari keluarga OLED dengan resolusi Super Retina XDR dengan semua spesifikasi yang sama seperti iPhone 12. Menurut Apple, iPhone 12 Mini ialah telefon pintar 5G paling kecil di dunia pada waktu ini.
Kedua-dua model menyokong pengecasan berwayar 20W dan pengecasan nirwayar 15W menerusi sambungan MagSafe. Pengecas bermagnet ini ialah teknologi terbaru dari Apple yang memastikan orientasi pengecasa adalah tepat sepanjang masa.
Maka tahun ini tiada lagi model iPhone dengan skrin LCD, fon telinga dan pengecas terbina. Kesemua peranti hanya akan ditawarkan dengan sebuah kabel USB-C ke Lightning dengan setiap pembelian. Pengguna perlu membeli pengecas secara berasingan.
Anda boleh merujuk harga di bawah:
- iPhone 12 mini – RM3399 (64GB) | RM3599 (128GB) |RM4099 (256GB)
- iPhone 12 – RM3899 (64GB) | RM4099 (128GB) | RM4599 (256GB)
- iPhone 12 Pro – RM4899 (128GB) | RM5399 (256GB) | RM6299 (512GB)
- iPhone 12 Pro Max- RM5299 (128GB) | RM5799 (256GB) | RM6699 (512GB)
Bersama-sama pengenalan iPhone baru, Apple turut mengumumkan fokus terhadap menjadi syarikat yang lebih mesra alam dan mengurangkan pembaziran. Selari dengannya, Apple mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan menyertakan pengecas dan juga fon telinga bersama-sama pembelian iPhone baru.
Kini, dengan pembelian keluarga siri iPhone 12, ia akan hadir bersama kabel USB-C ke Lightning sahaja. Walaupun kepala penyesuai kuasa dan fon telinga tidak lagi hadir bersama, ia masih boleh dibeli secara berasingan. Langkah ini juga mungkin membuatkan pengguna beralih ke aksesori nirwayar mereka.