in , ,

Apple Ingin Memantau Kadar Tekanan Darah Anda Melalui Apple Watch

Kadar jantung anda ialah cara penting untuk memantau keadaan badan anda. Anda boleh menyemak kadar jantung anda semasa latihan; lihat kadar jantung semasa rehat, berjalan, bernafas, latihan dan pemulihan sepanjang hari; atau ambil bacaan baru pada bila-bila masa.

Apple Watch pada hari ini sedia mempunyai ciri untuk memantau kadar denyutan nadi, selain turut menyemak kadar oksigen dalam darah. Terbaru, melalui paten yang difailkan oleh Apple, ia dilihat gergasi teknologi berkenaan ingin turut menggunakan jam tangan pintar Apple Watch dalam memudahkan pengguna memantau kadar tekanan darah.

Pada hari ini, selain sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, ramai yang tidak mengambil tahu berkenaan kadar tekanan darah. Tetapi, dengan ciri ini, ia akan memudahkan pengguna mengenal pasti sebarang masalah sekiranya terdapat perubahan pada kadar tekanan darah mereka dengan lebih awal.

Apple-Watch

Melalui paten yang difailkan, ia dilihat Apple akan menggunakan beberapa sensor dalam menilai dan menyemak berapa lama ia mengambil untuk aliran darah pada badan pengguna, dan menawarkan data berkaitan.

Apa pun, boleh dikatakan kaedah yang ingin diimplementasikan mungkin mencabar, dan memerlukan beberapa sensor diintegrasikan pada jam tangan pintar. Sama-sama kita nantikan bagaimana Apple merealisasikan perkara ini pada produk mereka dalam tahun-tahun akan datang.

*Sumber: Portal Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azwan Ali, Michael Ang & Elly Mazlein Jadi Pengacara LAGU CINTA KITA Musim Ke-2

Sejak Hamil Anak Pertama, Penyanyi Fatin Husna Jadi Berselera & Kuat Makan