in , ,

Apple Dikatakan Berhenti Mengiklan Pada Platform Twitter

Sejumlah syarikat besar telah pun berhenti mengiklan pada platform sosial Twitter sejak kebelakangan ini. Terbaru, Elon Musk berkongsi mengatakan Apple turut telah berhenti mengiklan pada platform Twitter.

Walaupun sebab disebaliknya tidak diketahui, tetapi Elon Musk dilihat menyerang Apple dan mengatakan Apple tidak menyukai kebebasan bersuara di Amerika Syarikat.

Untuk makluman, sejak kebelakangan ini, ramai pekerja Twitter telah dihentikan, dan ia turut membawa masalah kepada beberapa ciri-ciri tidak berfungsi dengan lancar. Malah, platform pengiklanan pada Twitter juga dilihat menghadapi masalah.

Beberapa jenama juga sebelum ini tidak menyukai kaedah Elon Musk yang menamakan secara terbuka seperti ini apabila sesuatu jenama berhenti mengiklan pada platform Twitter.

Kadang-kala terdapat beberapa sebab sesuatu jenama berhenti mengiklan, termasuk kerana produk mereka sudah habis terjual, atau promosi telah tamat, serta sebagainya. Namun, kaedah Elon Musk seperti tidak membantu dalam menarik pengiklan ke platform tersebut.

Langkah ini juga mungkin akan menyukarkan lagi Twitter menjana pendapatan melalui pengiklanan, walaupun angka penggunanya dikatakan meningkat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IQRAM DINZLY

Iqram Dinzly Minta Reen Rahim Duduk Je Kat Rumah Belajar Masak?

Disney Lancar Trailer Terakhir Filem AVATAR: THE WAY OF WATER