in

Apple Dengar Cakap Taylor Swift Janji Bayar Royalti

Kurang daripada 24 jam selepas penyanyi sensasi dunia, Taylor Swift, 25, mengkritik dan memberi surat terbuka kepada Apple mengesa membayar royalti kepada artis yang lagu mereka dimuat naik ke aplikasi Apple Muzik walaupun dalam tempoh percubaan, akhirnya pihak perisian internet berpengaruh global itu menuruti kemahuan bintang tersebut.

Dalam isi kandungan surat terbuka yang ditulis pelantun lagu Bad Blood ini menerusi media sosial Tumblr miliknya pada hujung minggu lalu, menyatakan supaya Apple bertindak balas dengan membuat keputusan untuk mengubah dasar.

“Kami dengar anda @ taylorswift13 dan artis-artis indie. Cinta, Apple.

“Apple akan sentiasa memastikan bahawa artis dibayar”, tulis Naib Presiden Kanan Perisian Internet Apple dan Perkhidmatan, Eddy Cue menerusi laman sosial Twitter, kelmarin.

Memetik laporan The Hollywood Reporter, Cue secara peribadi telah menghubungi Swift yang sedang berada di Amsterdam sempena promosi jelajah albumnya berjudul 1989″, dan memberitahu bahawa dia sedia maklum dengan surat kiriman bintang itu dan akan segera melakukan perubahan.

Swift kemudianya berkongsi maklum balas diterimanya itu menerusi laman Twitter miliknya dengan menyatakan kegembiraannya,

“Saya gembira dan lega. Terima kasih kerana kata-kata dan sokongan anda hari ini. Mereka mendengar kami.”, tulisnya.

Dalam surat terbuka Swift bertajuk, “To Apple, Love Taylor” (Untuk Apple, Cinta Taylor”) penghibur yang pernah meraih sebanyak 207 pelbagai anugerah (setakat ini) itu, meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan Apple yang tidak membayar artis walaupun lagu mereka dimuat naik di Apple Muzik dalam tempoh 3 bulan percubaan.

Ia sepatutnya tidak berlaku untuk sebuah syarikat gergasi yang telah mencipta sejarah progresif sebagai jenama perisian terkemuka dunia.

“Ini bukan hanya tentang saya.

“Saya bersyukur kerana telah dapat melancarkan album album kelima saya dan boleh menyara diri saya, band saya, dan seluruh kru yang selama ini menguruskan persembahan-persembahan live saya.

“Ini adalah mengenai artis baru atau band yang baru sahaja melancarkan single pertama mereka dan malang bagi mereka kerana tidak akan dibayar apa-apa untuk kejayaan yang mereka kecapi itu. ”

“Ini juga adalah soal penulis lagu muda yang baru yang sanggup bersusah payah dan berfikir mereka menerima royalti sekaligus boleh membayar hutang mereka.

“Ini adalah tentang pengeluar yang bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk berinovasi dan mencipta, sama seperti pereka dan pencipta di Apple yang merupakan perintis dalam bidang mereka … tetapi mereka tidak akan dibayar untuk satu perempat daripada nilai bayaran yang mereka boleh perolehi dalam setahun persembahan menerusi lagu masing-masing, “katanya.

Sumber: Malaysian Digest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tips & Cara Mudah Melancong Ke Istanbul

TV2 Siar Filem Ice Age : Dawn Of The Dinosaurs & The Hulk