Acara khas tersebut akan menggunakan tema “Scary fast” dan akan berlangsung secara atas-talian.
Merujuk kepada tema yang digunakan”Scary fast”, ia membayangkan yang Apple mungkin akan memperkenalkan cip baharu yang lebih laju iaitu cip Apple M3. Seiring dengan itu, Apple dijangka akan mengumumkan barisan baharu iMac dan MacBook, merujuk kepada logo dan latar belakang yang digunakan.
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang dikongsi oleh Apple mengenai produk yang akan dilancarkan. Acara ini dijangka akan menjadi acara penutup untuk pelancaran produk Apple pada tahun ini.