Apple kini mengumumkan tarikh acara Unleashed yang bakal diadakan pada 18 Oktober ini, iaitu 19 Oktober jam 1 pagi waktu tempatan.
Menerusi kiriman Twitter Greg Joswiak, acara “unleashed” ini mungkin menyaksikan pengenalan cip pemprosesan terbaru Apple – M1X.
Menurut Mark Gurman, M1X akan hadir dengan 10 teras CPU dan 16 atau 32 teras GPU. Cip ini mungkin akan menguasakan MacBook Pro model 14 inci dan 16 inci.
Beberapa ura-ura yang didengari sebelum ini ialah MacBook Pro 16″ dan MacBook Pro 14″ dengan cip terkini Apple M1X serta AirPods generasi ketiga akan akhirnya dilancarkan di acara ini.
Dengan ini, Apple memperluaskan lagi penggunaan cip Apple Silicon bagi barisan komputer Mac mereka dan tidak akan ada lagi model janaan Intel.
Selain skrin lebih besar serta pemproses M1X yang lebih pantas, MacBook Pro yang akan dilancarkan dipercayai akan mengembalikan semula pembaca kad SD, sistem pengecasan MagSafe, port HDMI dan juga tiada lagi Touch Bar. Rekaan sisi lebih berkotak seakan iPad Pro dan iPhone 13 juga dipercayai akan diperkenalkan.
Selain itu, MacBook baharu yang dijangka dilancarkan itu juga mungkin bakal menampilkan kembali pengecasan magnetik MagSafe, port HDMI dan pembaca kad SD seperti khabar angin sebelum ini.
Tambahan lagi, Mac Mini juga mungkin akan dikemaskini dengan lebih baik berbanding model M1 terdahulu.
Sementara itu AirPods
Di samping itu, Apple turut dijangka untuk mengumumkan AirPods baharu iaitu generasi ketiga akan mempunyai pod pengecasan yang lebih mirip dengan AirPods Pro, pembatalan hingar dan harga jualan yang lebih mampu milik.
Sumber: apple