Seperti diketahui umum hari ini Apple telah mengemukakan laporan bagi suku pertama tahun 2019 di mana mereka telah mencatatkan pertumbuhan yang baik walaupun tidak mencapai jangkaan yang dikeluarkan sebelum ini.
Dalam sesi yang sama Tim Cook yang merupakan Ketua Pegawai Eksklusif Apple telah memaklumkan bahawa sebanyak 1.8 billion peranti aktif Apple telah direkodkan di seluruh dunia.
Antara peranti aktif tersebut termasuklah iPhone, iPad, iPod, Mac dan lain-lain. Walau bagaimanapun, iPhone mendominasi pengguna aktif iaitu sebanyak 900 juta unit.