Jam 2 petang, hari Khamis lalu, Budiey telah hadir buat liputan di Pelancaran TaPay (Take Action Pay) – sebuah aplikasi digital e-wallet pertama yang berteraskan kumuniti. Kepada pembaca yang masih samar-samar dengan perkataan e-wallet atau dalam bahasa Melayu, e-dompet ni, kaedah pembayaran secara ‘cashless’ ini boleh digunakan untuk membeli barang atau servis dan juga transaksi pemindahan wang ringgit digital sesama pengguna aplikasi.
Haa, kalau penerangan Budiey ni masih tak jelas, apa kata baca entri ni sampai habis. Okay?
Sesampai Budiey di event ni, Budiey diberikan RM30 top up untuk membeli makanan yang ada di food truck yang berada di situ. Jadi, Budiey dah pun mencuba aplikasi ini di telefon bimbit dan mendapati ia sangat mudah digunakan di mana ia juga dapat menyimpan kad royalti dan sekaligus ia dapat mengurangkan keperluan bagi kita untuk membawa dompet yang tebal dengan wang tunai, kad kredit kad ganjaran dan resit.
Aplikasi ini bertujuan menjadikan kehidupan pengguna lebih mudah kerana mengurangkan keperluan membawa tunai, kad kredit dan resit. Jadi lepas ni, tak payah la nak bawa dompet la kan. Cukup dengan aplikasi TaPay di telefon bimbit dah cukup dah.
Antara selebriti yang Budiey temui berada di acara ini ialah Fizo Omar. Rasanya dah lama tak borak-borak dengan Fizo ni. Maklumlah Fizo sekarang sibuk nak menerima anak pertama tak lama lagi.
Fizo Omar Jelaskan Apa Itu Aplikasi TaPay
Selain selebriti, turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Fullrich Malaysia Sdn Bhd (Fullrich), Muhammad Hudhaifa Ahmad; Pengarah Urusan Cyberview, Mohd Najib Ibrahim dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank Bhd, Kamarul Ariffin Mohd Jamil.
Pada majlis sama, Irwan Serigar turut menyaksikan majlis perjanjian usahasama antara Fullrich dan Cyberview dan perjanjian persefahaman (MoU) Fullrich dengan Affin Bank, Piksum, Aladdin Street dan Myrelo.
Budiey pun tertanya-tanya, kenapa acara pelancaran ini diadakan di Cyberjaya. Punyalah jauh kan. Rupa-rupanya ada sebab. Khabarnya, Cyberjaya bakal menjadi bandar pertama tanpa tunai di negara ini selepas memperkenalkan transaksi pembayaran secara e-dompet melalui aplikasi TaPay di beberapa lokasi terpilih mulai hari Khamis lalu. Cyberjaya dipilih kerana bandar ini dilengkapi dengan infrastruktur dan fungsi yang sejajar dengan bandar pintar.
Fakta Yang Anda Perlu Tahu di Sebalik Pelancaran Aplikasi TaPay
Faktor pemodenan ini juga menjadikan Cyberjaya dipilih sebagai bandar pertama yang menggunakan aplikasi dompet elektronik (e-dompet) terbaru yang dikenali sebagai TaPay. Maklumlah, Cyberjaya memang dikenali sebagai bandar pintar. Syarikat multinasional termasuk BMQ, Shell, Nokia dan Motorola kebanyakan berpangkalan di situ.
Aplikasi TaPay ini dibangunkan Fullrich, syarikat perkhidmatan teknologi kewangan (FinTech). Pengenalan TaPay adalah hasil kerjasama Fullrich dengan Cyberview Sdn Bhd dan Affin Bank Group adalah aplikasi yang berteraskan ciri komuniti. Buat masa ini, hanya beberapa kedai terpilih sekitar Cyberjaya menggunakan aplikasi TaPay sebagai transaksi.
Ia sedang diperkasakan serta diperhalusi menerusi jaringan secara langsung dan mengambil kira 100,000 input daripada kelompok perniagaan, penduduk, institusi pendidikan serta pelajar di kawasan Cyberjaya. Buat masa ini, TaPay masih diuji dan Cyberjaya menjadi perintis untuk menggunakan aplikasi ini. TaPay akan dilancarkan sepenuhnya selepas semua proses termasuk kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) diperoleh.
Semasa sidang media selepas melancarkan aplikasi e-dompet TaPay di Cyberjaya, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah ada berkata, beberapa restoran dan peruncit di sekitar Cyberjaya sudah dipilih untuk menggunakan aplikasi itu melalui projek perintis yang dilaksanakan. TaPay dijangka menyumbang kepada penyelesaian bandar pintar selaras ke arah menjadi hab teknologi global.
“Kita akan laksanakan projek ini dalam tempoh sebulan terlebih dahulu, sekiranya projek ini berjaya ia akan diperluaskan ke Lembah Klang dan seterusnya seluruh negara serta ASEAN. Usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan sebanyak 63 peratus kebergantungan transaksi pembayaran tunai menjelang 2020. Kepantasan yang dibangunkan dan perkembangan TaPay amat menakjubkan dan ia menjadikan bukti keinginan pasaran untuk aplikasi e-dompet yang memenuhi permintaan masyarakat.”
Hadir sama Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd (Cyberview), Mohd Najib Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Holdings Berhad, Kamarul Ariffin Mohd Jamil dan Ketua Pegawai Eksekutif Fullrich Malaysia Sdn Bhd (Fullrich), Hudhaifa Ahmad. Mohd Irwan yang juga Pengerusi Cyberview berkata, aplikasi e-dompet pertama yang dibina oleh syarikat tempatan itu dilihat mampu bersaing dengan khidmat dompet mudah alih lain seperti Alipay.
Jelasnya, walaupun menjadi satu tugas yang sukar untuk berdiri setanding dengan Alibaba, tidak mustahil bagi Malaysia untuk menguasai pasaran ASEAN seperti Indonesia, Filipina dan Thailand, melalui perkhidmatan e-dompet, TaPay.
“Oleh itu, saya berharap lebih banyak pihak terutama bank dan peruncit tampil untuk bekerjasama dalam memperkasakan ekosistem tanpa tunai di negara ini,” katanya.
Sementara itu, Hudhaifa berkata, aplikasi yang dibina Fullrich dengan kerjasama Cyberview dan Kumpulan Affin Bank itu kini sedang diperkukuhkan melalui pengumpulan maklumat membabitkan pihak perniagaan, institusi pendidikan, penduduk serta pelajar di sekitar Cyberjaya.
“Kami akan terus mengemaskini aplikasi ini berdasarkan cadangan dan maklum balas yang diterima untuk memastikan ia sentiasa menepati permintaan dalam kalangan pelanggan dan peniaga,”katanya.
Terdahulu, Mohd Irwan turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Fullrich dan Cyberview serta Memorandum Persefahaman (MoU) antara Fullrich dengan empat rakan kerjasama iaitu Kumpulan Affin Bank, Picksum, AladdinStreet and myrelo bagi melaksanakan e-dompet.
Menurut Mohd Najib Ibrahim, Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd,
“Langkah untuk bekerjasama dengan Fullrich dalam membawa TaPay ke pasaran adalah salah satu inisiatif oleh Cyberview yang sedang berusaha keras bersama-sama dengan rakan kongsinya ke arah masyarakat tanpa tunai di Cyberjaya. Matlamat kami adalah sejajar dengan seruan kerajaan dalam mengembangkan ekonomi digital Malaysia, kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Fullrich dalam membangunkan penyelesaian FinTech ini. Kita tidak boleh menunggu untuk merealisasikan potensi sepenuhnya integrasi TaPay ke dalam kehidupan seharian untuk penduduk dan perniagaan di sini di Cyberjaya.”
Menurut kata Pengarah PickSum, Tan Shyue Wern, pula beliau meluahkan rasa gembira,
“Kami sangat gembira atas peluang untuk meneroka peluang kerjasama dengan TaPay untuk membolehkan kami menjadi platform e-dagang fesyen tempatan pertama yang menggunakan e-wallet mudah alih di PickSum.com. Dengan meningkatnya trend membeli belah dalam talian di Malaysia, keperluan untuk mempunyai e-wallet TaPay adalah relevan dan sejajar dengan gaya hidup belia, dan objektif PickSum yang memaparkan usahawan belia tempatan untuk belia.”
TaPay tidak hanya boleh digunakan pengguna, malah aplikasi itu juga mempunyai versi peniaga (TaPay Biz) yang ditambah dengan ciri lampiran, analisis dan fungsi pembabitan langsung komuniti.
Dengan pengenalan TaPay, rakyat Malaysia bakal mempunyai beberapa pilihan untuk menggunakan transaksi pembayaran tanpa tunai seperti contoh Alipay yang akan dilaksana tahun hadapan.