Mula dilancarkan pada awal Julai lalu dalam versi website, KitaJaga berfungsi menghubungkan pemberi bantuan dan penderma hanya dengan berpandukan ikon bendera putih dan ikon gerobok pada peta di aplikasi tersebut.
Terbaharu, tidak sampai sebulan dilancarkan, Terato Tech mengumumkan KitaJaga kini sudah ditawarkan dalam bentuk aplikasi untuk pengguna iPhone.
Meskipun aplikasi hanya untuk pengguna iOS, Terato Tech menerusi perkongsian turut memberi petunjuk akan menghasilkan aplikasi sama buat pengguna Android meskipun tiada memaklumkan sebarang tarikh.
Sama seperti aplikasi web, aplikasi versi iPhone ini turut membenarkan penggunanya untuk memohon bantuan atau mewarwarkan penawaran bantuan.
Buat pengguna iphone, anda boleh memua turun aplikasi KitaJaga disiniÂ