in ,

Terkandas Masa PKP? Boleh Mohon Menerusi Aplikasi Gerak Malaysia Bermula 25 April

Orang ramai yang sebelum ini mengeluh apabila terkandas di kampung susulan pelaksanaan PKP difahamkan boleh berbuat demikian dalam masa beberapa hari lagi.

Awal tempoh PKP yang lalu orang ramai mula mengerumuni balai polis berhampiran bagi mendapatkan kebenaran bergerak antara negeri. Selepas beberapa jam permohonan menerusi balai polis dihentikan untuk tempoh yang terhad. Ramai yang mengeluh mengapa permohonan secara fizikal masih perlu dilakukan pada tahun 2020. Di dalam sidang media harian menteri kanan sebentar tadi, Datuk Sri Ismail Sabri mengumumkan kelak permohonan boleh dilakukan menerusi aplikasi Gerak Malaysia.

Mereka bagaimanapun harus terlebih dahulu memohon kebenaran merentas negeri menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau di balai polis berhampiran bermula 25 April ini. Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian pada petang rabu.

Menurutnya, kerajaan mendengar rintihan mereka dan memahami permasalah mereka yang sudah berada di kampung lebih dari sebulan dan mengerti yang mereka ingin pulang ke rumah mereka.

Aplikasi Gerak Malaysia

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai rakyat kita berebut mahu pulang ke kampung masing-masing.

“Kebanyakan mereka sudah berada di kampung lebih sebulan, banyak aduan kami terima ada cakap tiada pakaian sudah mahu dipakai, resah tinggalkan rumah sudah lama atau bimbang rumah dipecah masuk.

“Ada juga dipisahkan dengan anak-anak dan kami memahami keresahan mereka lebih-lebih lagi apabila mendengar kerajaan memberi kelonggaran kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk pulang ke kampung masing-masing,”

Permohonan secara dalam aplikasi boleh dilakukan bermula 25 April 2020. Ini membolehkan pengguna pulang dari kampung atau kembali semula ke rumah selepas sekian lama dilarang kerana perintah PKP. Bagi mereka yang tidak mempunyai telefon pintar, barulah permohonan secara fizikal dilakukan di balai polis berhampiran.

Tempoh diambil untuk permohonan akan diluluskan masih belum diketahui tetapi sekurang-kurangnya terdapat mekanisme untuk orang ramai untuk memohon pulang ke kampung dengan Ramadan akan bermula beberapa hari sahaja lagi.

Aplikasi Gerak Malaysia dilancarkan oleh SKMM minggu lalu dan kemudian tidak diiktiraf pula oleh Majlis Keselamatan Negara. Dengan pengumuman hari ini mungkin akhirnya pihak MKN mengiktiraf penggunaan aplikasi ini untuk urusan rasmi kerajaan.

Aplikasi Gerak Malaysia

Namun dia menerangkan ada perbezaan kenapa kelonggaran diberikan kepada penuntut berbanding mereka yang terkandas di kampung.

“Mereka (penuntut) kita sudah tahu jumlah sebenar dan status kesihatan mereka kerana hanya berada di kampus.

Aplikasi Gerak Malaysia yang dimiliki KKMM dilihat masih lagi dalam tempoh percubaan dan tiada fungsi lain sementara ini

“Tetapi berbeza dengan mereka berada di kampung yang tinggal berselerak dan kita tidak tahu jumlah sebenar mereka,”

Aplikasi Gerak Malaysia

Jadi bagi memastikan semuanya terkawal kerajaan perlu perlu melihat jumlah mereka kerana bimbang pergerakan besar-besaran akan berlaku nanti.

“Disebabkan itu, mereka yang berkeinginan untuk pulang ke rumah masing-masing perlu melapor diri kepada polis menerusi aplikasi dalam talian dinamakan GerakMalaysia yang dibangunkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bermula 25 April ini,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Viu Lancar siri Viu Original terbaru PRETTY LITTLE LIARS

Adib & Izara Aishah Perkenal Nama Puteri Sulung Mereka Irisa Alaia