in

The Apartment Program Realiti TV Hiasan di ntv7

Berikutan kejayaan musimnya yang lalu, The Apartment – rancangan realiti televisyen mengenai hiasan dalaman No.1 Asia – kembali buat kali ketiga dengan gabungan para peserta yang mantap dengan tema barunya, “Design Your Destiny”.

Rancangan realiti berdurasi sejam bagi setiap episod ini bakal ke udara di saluran percuma, ntv7 bermula 5 Oktober 2013, setiap hari Sabtu jam 9.30 malam yang turut dibawakan dengan kerjasama oleh penaja Sime Darby Property dan Dulux selaku penaja bersama.

The Apartment Rancangan Realiti TV Hiasan Dalaman No.1 Asia

[dropcap]T[/dropcap]he Apartment menyaksikan 18 orang pereka yang bercita-cita tinggi dari negara Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina yang bakal bersaing dalam merebut hadiah hebat berupa sebuah rumah dua tingkat di The Elmina. Kesemua sembilan pasukan perlu membuktikan keupayaan mereka dan harus menambat dan mengagumkan ketua juri rancangan ini Laurence Llewelyn Bowen, pereka hiasan dalaman terkenal dunia yang pernah berkerja dengan Keluarga Diraja Britain serta Jamie Durie yang merupakan pereka selebriti dan juga sering muncul dalam rancangan the Oprah Winfrey Show.

The Apartment Program Realiti TV Hiasan di ntv7

[pullquote align=”right”]Sembilan pasukan, dua juri selebriti, sebuah hadiah utama yang harus direbut… dan pelbagai warna. Saksikan semua ini di ntv7 bermula 5 Oktober, setiap hari Sabtu jam 9.30 malam di ntv7[/pullquote]

Setiap pasukan akan diberikan sebuah apartment yang serupa untuk direka daripada mula di mana mereka diberikan bajet yang ketat dan masa yang singkat iaitu selama 15 jam untuk menyempurnakan tugasan mereka dalam memberikan transformasi kepada ruang di dalam pangsapuri itu. The Apartment bakal membawakan 10 episod yang penuh aksi di mana para pesertanya bukan sahaja perlu mempunyai daya imaginasi yang kreatif malah harus menguasai kesemua kemahiran asas dalam mengecat, membuat lakaran, menghias, membuat kerja pertukangan dan apa sahaja kemahiran yang diperlukan untuk membuatkan mereka terus bertahan serta menghasilkan hasil yang mengagumkan secara konsisten. Persaingan hiasan dalaman ini juga bakal menunjukkan aksi ber-adrenalin tinggi dan penuh dengan tekanan dalam grand finale-nya yang bakal bersiaran selama 90 minit.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Penjenamaan ntv7, Komunikasi Jenama dan Projek Khas & Acara, Emilya Ab. Rahim berkata bahawa ntv7 amat teruja untuk menyiarkan kandungan bertaraf dunia seperti The Apartment kepada para penontonnya yang sesuai dengan sasaran hala tuju saluran itu iaitu Modern Urban Progressive Adults (MUPAs).

“Rancangan realiti The Apartment amat tepat sebagai salah satu kandungan Saluran Ceria Anda, ntv7 kerana kami sentiasa ingin memberikan rancangan yang berkualiti dan mantap untuk tontonan para penonton seiring dengan sambutan ulang tahun ke-15 kami pada tahun ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada Dulux di atas sokongan mereka terhadap rancangan ini.”

Dato’ Abd Wahab Maskan, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sime Darby Berhad dan Pengarah Urusan Sime Darby Property Berhad berkata:

“Sebagai sebahagian pencipta bersama siri TV hit ini, kejayaan The Apartment telah berjaya memberi lebih nilai tambah terhadap jenama kami terhadap segmen golongan muda, mereka yang mementingkan gaya hidup dan mengikuti gaya terkini bukan sahaja di Malaysia malah di Asia.”

“Seperti juga kediaman kita mahupun aset hartanah, kreativiti dan inovasi merupakan di antara elemen penting yang cuba dipupuk jenama Sime Darby Property selama ini. The Apartment bakal membuat pesertanya untuk tidak menghadkan daya kreativiti mereka dan menghasilkan lebih drama dan pengalaman menarik buat para penonton dalam musim ini.”

Pengarah Urusan, AkzoNobel Decorative Paints, Asia Tenggara dan Pasifik, Jeremy Rowe gembira dengan pasukan yang amat bijak di sebalik rancangan ini yang sememangnya membawakan keceriaan serta menarik minat para penonton yang sentiasa mencari cara untuk menghias rumah mereka dengan cara yang mudah, kos yang efektif dan dengan sentuhan gaya terkini.

“Sebagai pakar dalam bidang warna, kami suka dikelilingi dengan pelbagai warna dan inilah sebab mengapa kami amat teruja dan mengambil keputusan untuk menjadi sebahagian daripada rancangan ini. Rancangan ini pastinya memberikan inspirasi kepada setiap individu untuk menghias rumah mereka sendiri serta mencantikkan lagi kediaman mereka lantas membawakan kegembiraan buat seisi keluarga. Sebagai satu jenama yang terkemuka, Dulux turut bekerjasama dengan beberapa jenama lain dalam menjayakan rancangan ini yang pastinya bakal memberikan manfaat kepada para pengguna kami dan dalam masa yang sama diharapkan dapat menyerlahkan potensi terbaik mereka.”

Ketua Pegawai Eksekutif Imagine Group (pasukan produksi di sebalik rancangan The Apartment), Encik Riaz Mehta melahirkan rasa gembiranya buat The Apartment yang kini telah masuk kepada musimnya yang ketiga.

“Kami memang amat teruja untuk meneruskan legasi The Apartment yang telah merangkul pelbagai pencapaian termasuklah menjadi rancangan realiti TV hiasan dalaman nombor satu Asia dengan jumlah tontonan yang tinggi di negara-negara yang menyiarkannya. Musim ketiga ini akan membawakan kesegaran dan keunikan kepada para penonton serta peminat rancangan ini.”

Saksikan musim terbaru rancangan realiti TV hiasan dalaman yang amat ditunggu-tunggu, The Apartment di Saluran Ceria Anda, ntv7 bermula 5 Oktober 2013, setiap Sabtu jam 9.30 malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan ini, sila layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan kami di akaun rasmi Facebook dan Twitter ntv7.

The Apartment Program Realiti TV Hiasan di ntv7

The Apartment Program Realiti TV Hiasan di ntv7

The Apartment Program Realiti TV Hiasan di ntv7

The Apartment Program Realiti TV Hiasan di ntv7

The Apartment Program Realiti TV Hiasan di ntv7

The Apartment Program Realiti TV Hiasan di ntv7

The Apartment Program Realiti TV Hiasan di ntv7

The Apartment Program Realiti TV Hiasan di ntv7

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyampaian Hadiah Kunci Muzik Retro Sinar FM

Rita Rudaini Digoda Lelaki Berstatus VIP?