Drama bersiri Korea berkonsepkan permainan yang kini menjadi trending iaitu Squid Game yang ditayangkan di platform penstriman Netflix telah pun mencipta fenomena sekaligus tular di serata media sosial. Macam-macam pendapat dan komen serta isu yang timbul dari drama ini telah membuatkan netizen terus memperkatakannya.
Drama bersiri Squid Game telah mencipta sejarah sukses tersendiri apabila drama tersebut berjaya menduduki tangga teratas dalam carta Netflix di Amerika Syarikat.
Dalam pada itu, pelakon Sharifah Sakinah telah mendedahkan ada penonton siri terbabit menanda (tagged) namanya dan bertanyakan mengenai hal itu di Instagram.
Lantas, ada beberapa peminat yang tampil menjelaskan maksud disebalik nombor tersebut dan memberitahu ibu kepada seorang cahaya mata itu merupakan pelakon yang paling sesuai untuk melakonkan watak wanita berkenaan.
Sekadar info, drama Squid Game ini mengisahkan mengenai pelbagai permainan survival misteri yang menawarkan sejumlah wang sebanyak 45.6 billion won kepada pemenang.