Salam 1Malaysia buat semua pembaca,
Budiey dapat tahu, Perodua sekarang sedang mengadakan kempen terbarunya iaitu Apakah Cerita Perodua Anda?.
Budiey rasa, kempen ini sangat bagus kepada pengguna Perodua khususnya di mana selain dapat mendekatkan Perodua dengan pengguna, ia juga dapat mencungkil banyak sekali cerita-cerita yang sangat unik dan menarik bersama Perodua atau sekurang-kurangnya segala masalah pengguna di luahkan di saluran yang betul.
Mungkin ini satu pendekatan berkesan untuk Perodua mendengar masalah atau pengalaman dari pengguna Perodua. Sekaligus dapat memberi cadangan untuk meningkatkan lagi mutu servis di Perodua.
Bayangkan jika semua pengguna Perodua terlibat menjayakan kempen ini, bermakna sekarang ni lebih 2 juta kereta Perodua di jalanraya, bersamaan dengan 2 juta cerita yang boleh dikongsi. Banyak betul kan?
Sekurang-kurangnya, kempen ini menjadi platform atau saluran anda meluahkan segala perkara yang terbuku di hati. Yang paling penting, cerita anda itu berkait rapat atau relevan dengan Perodua dan Budiey rasa ia sangat elok untuk Perodua mengambil perhatian tentang masalah-masalah yang anda hadapi untuk meningkatkan lagi mutu untuk mencapai tahap kepuasan pelanggan.
Bagaimana cara untuk anda hantarkan cerita anda tu?
Jadi, jika anda ada cerita menarik tentang kereta Perodua anda tu, apa kata kongsi dan luahkan sejujurnya dengan melayari laman sesawang: www.peroduastory.com.my.
Budiey memandang kempen ini tak ubah seperti kita mengisi borang kaji selidik, cuma kempen ini memerlukan anda bercerita lebih panjang dan lebih terperinci tentang pengalaman anda itu.
Tak banyak syarikat yang berani mengambil pendekatan seperti ini. Sebaliknya Perodua begitu berminat untuk mendengar luahan hati pengguna. Sejajarlah dengan falsafah Perodua iaitu ‘Anda Keutamaan Kami’ yang menganggap penguna Perodua sebagai sebahagian keluarga Perodua. Betul juga tu, jika pelanggan tak didahulukan, pasti Perodua tak berjaya sampai ke tahap sekarang ini, kan?
Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh menjemput semua peminat Perodua untuk berkongsi cerita Perodua anda.
Saksikan video di bawah ini:
Jadi, apa kata, anda yang menjadi pengguna setia Perodua di luar sana mengambil bahagian dengan menceritakan pengalaman anda di laman sesawang www.peroduastory.com.my. Tulis je dengan terus terang kerana semua pengalaman yang anda tulis tu akan dibaca secara terperinci oleh Perodua. Senang kan?
Di sini, Budiey mengucapkan syabas buat Perodua yang tak henti-henti memberikan yang terbaik kepada pelanggan demi melihat kepuasan kepada pelanggan.
Maaf la sangat-sangat sebab dua tiga menjak ni agak kesuntukan masa untuk dapat ‘update’ blog ini. Banyak perkara perlu diselesaikan. Semalam, setengah hari Budiey habiskan masa di pusat servis kereta Perodua Myvi.
Memang banyak jugak la nak kena tukar itu dan ini. Maklumlah dah 6 tahun Budiey jadi pengguna kereta Myvi yang dikatakan antara edisi keluaran pertama Perodua. Tapi Budiey sampai sekarang berpuas hati kerana keadaan kereta masih ‘maintain’.
Bercakap pasal penjagaan kereta ni, ada ‘feedback’ dari pembaca yang katanya, nak jaga kereta ni bukannya senang, tapi taklah payah sangat pun. Antara tips yang disyorkan, kita kenalah buat servis secara berkala. Maknanya, kita kena pergi servis kereta jika dah sampai waktu yang ditetapkan. Jangan pula terlalu lewat. Kedua, untuk memastikan penghawa dingin dalam keadaan baik, kita kena ‘on’ selepas 5 minit kereta berjalan.
Sepanjang 6 tahun guna Myvi ni, memang banyak kisah dan ceritanya. Kiranya kereta Myvi ni dah banyak buat jasa.
Rasanya dah satu Malaysia ni dah dijelajah & memang best dapat pusing-pusing merata tempat bersama Myvi (kecuali Sabah & Sarawak la). Yang penting, Myvi ni tak banyak songeh dan tak buat hal langsung. Itulah yang buat Budiey rasa sayang nak bertukar kereta.
Tapi yang Budiey rasa tak senang bila dah usia makin lanjut ni, Perodua Myvi banyak pula yang nak kena tukar itu ini semasa servis. Boleh dikatakan setiap kali pergi servis, pasti ada komponen yang perlu ditukar. Staff kat pusat servis Perodua pula memang selalu pujuk untuk tukar itu-ini.
Nak tak nak, kenalah tukar. Tukar punya tukar, setiap kali servis biasanya mahal gak la harga yang kena bayar tu. Dekat RM1,000 lebih pun ada. Tapi memandangkan ini untuk keselamatan dan keselesaan ketika memandu, Budiey tak kisahlah sangat pun, kan.
Budiey pasti korang yang menjadi pengguna setia Perodua ni ada ceritanya masing-masing. Kisah anda mungkin lebih unik dari cerita Budiey kat atas ni. Jadi, mungkin anda tertanya-tanya jika nak tulis cerita tu, nak tulis kat mana.
Tunggu apa lagi, jom hantarkan cerita anda di www.peroduastory.com.my sekarang gak!