Waze telah melancarkan arahan suara menampilkan Tony Fernandes, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Asia dari segi penumpang yang dibawa dan bilangan pesawat.
Tony akan memberi arahan selaku pengawal trafik udara apabila anda bernavigasi di Malaysia mengikut suara beliau di Waze, aplikasi navigasi dan trafik percuma yang diguna oleh komuniti pemandu terbesar di dunia.
AirAsia Tony Fernandes kini di Waze!
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata,
“Ramai orang bertanya saya, apakah perasaan menjadi juruterbang AirAsia? Sekarang anda boleh merasai pengalaman berada di udara sambil mendengar arahan saya sebagai pengawal trafik udara anda di dalam aplikasi Waze.”
“Dan seperti pengawal trafik udara, saya tidak boleh menjanjikan perihal kesesakan tapi saya boleh menjanjikan dengan Waze, kami akan membantu anda untuk sampai ke destinasi dengan cara yang paling cepat dan tidak membosankan.”
Pengurus jualan Waze Malaysia, Edward Ling berkata,
“Kami amat teruja untuk menampilkan suara Tony Fernandes di Waze untuk memberi arahan kepada pengguna Waze di sepanjang perjalanan dari menara kawalan. Arahan suara adalah ciri kami yang paling popular dan ini adalah cara yang hebat untuk mengintegrasikan jenama dalam pemanduan. Arahan suara Tony akan menjadikan beliau sebagai pembantu juruterbang sepanjang pemanduan anda.”
Untuk memilih suara Tony, pengguna hanya perlu memuat turun Waze dari stor aplikasi peranti iOS atau Android, pilih Menu, klik Settings, pilih Sound Option dan pilih “English (UK) – Tony Fernandes.”