Dalam segmen #ApaYouBuatKalau : Shuib x Siti Sarah itu arwah dipercayai telah memberi petunjuk bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.Dah tgk semalam, sedih gak dgr perancangan baby dan masa akan dtg dia..anyway pasangan bahagia.. Moga syurga buatmu arwah siti sarah..
Menerusi rakaman video berdurasi 13:03 saat itu, pasangan suami isteri tersebut perlu menjawab beberapa soalan yang telah disediakan oleh pihak HotFm. Kesemua soalan tersebut akan bermula dengan ‘Apa you nak buat..’.
Jika dilihat video berkenaan, arwah Siti Sarah kelihatan gembira menjawab hampir kesemua soalan yang diajukan oleh suaminya itu. Namun begitu, ketika Shuib bertanya mengenai perancangan arwah dalam tempoh lima tahun dari sekarang, wajah arwah Siti Sarah kelihatan berubah dan serius.
I nak plan untuk Uwais. So, 5 tahun dari sekarang sepatutnya i dah berada di tempat itu. Itu apa yang i dah plan. I tak boleh bagitahu apa dia. Sebagai isteri, ada anak lagi satu ke? I nak tapi i takut. Yang kena nanti aku, yang sakit tu siapa. Walau u ada sebelah i.
– Siti Sarah
Menurut arwah, dia sudah merancang sesuatu untuk anak sulungnya. Pada masa yang sama, arwah sepatutnya sudah berada di suatu tempat. Namun begitu, arwah tidak boleh memberitahu mengenai perancangannya secara lebih teliti.
Sebagai isteri, arwah juga mahukan seorang lagi anak. Arwah juga meluahkan rasa takut untuk bersalin kerana kesakitan tersebut akan dirasai sendiri oleh seorang isteri yang hendak bersalin meskipun, suami berada di sisi.
Beruntung Dapat Shuib
Arwah Siti Sarah turut memberitahu dia merupakan wanita yang paling beruntung apabila mempunyai suami seperti Shuib. Di akhir video, Shuib meminta isterinya untuk menyanyikan lagu ‘Terakhir Buat Teman’ sebab lagu itu sangat best dan sesuatu.
Siti Sarah Tinggi Budi Pekerti, Penuh Kesetiaan
Sebagai antara individu terawal menaikkan nama Allahyarham Siti Sarah, komposer terkenal Ajai, 46, menyifatkan penyanyi itu cukup tinggi budi pekertinya.
Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas berkata peluang bekerja dengan penyanyi berbakat luar biasa itu akan dikenangnya sampai bila-bila dan sungguh bermakna.
Dia juga akan sentiasa mengagumi keperibadian Siti Sarah sebagai seorang insan yang cukup mulia. Bahkan, tidak sangka lagu Semakin Benci Semakin Cinta menjadi karya terakhir nukilannya untuk dinyanyikan