Siri drama berskrip yang amat dinanti-nantikan, VIKINGS, kembali menemui penonton pada 27 Februari di HISTORY™ (Astro SD Saluran 555, HD Saluran 575), dengan dua episod berturut-turut pada jam 10 malam (SIN/HK). Episod selepas episod pertama akan disiarkan pada hari yang sama dengan siaran di Amerika Syarikat (AS).
Menduduki tempat pertama slot masa di Singapura untuk Musim 1 dan 2 di samping mengekalkan kedudukannya dalam lima siri teratas di Malaysia dan Filipina, VIKINGS Musim 3 menjanjikan lebih banyak keterujaan dan kelainan yang mengejutkan.
Siri Drama VIKINGS di HISTORY™ Kembali untuk Musim Ketiga. Tayangan Perdana Siri Drama Kegemaran Ramai Ini Pada 27 Februari dengan Lebih Aksi dan Tanah Baru untuk Diserang.
Dicipta dan ditulis oleh Michael Hirst, musim baru 10 episod ini berlegar di sekitar Ragnar (Travis Fimmel) sebagai Raja dan gerombolannya, Norsemen, dalam pencerobohan Paris. Hikayat keluarga Ragnar, Rollo (Clive Standen), Lagertha (Katheryn Winnick) dan Bjorn (Alexander Ludwig) yang menarik berterusan apabila kesetiaan mereka dipersoalkan, kepercayaan diragui dan hubungan menjadi tegang. VIKINGS menceritakan kisah luar biasa kehidupan dan pengembaraan epik pahlawan-pahlawan ini dan memaparkan kehidupan pada Zaman Kegelapan, dunia yang diperintah oleh penyerang dan peneroka, menerusi kaca mata masyarakat Viking.
Menyertai buat pertama kali sebagai rakan rasmi digital, Spiral Media akan menawarkan isi kandungan eksklusif Vikings di IGN.com untuk pengguna di Asia Tenggara. Spiral Media memegang lesen untuk jenama antarabangsa dengan jutaan penonton di rantau ini seperti IGN, Twitch, PCMag dan AskMen di Asia Tenggara.
Para peminat VIKINGS boleh menonton episod yang lepas daripada Musim 1 dan 2 yang kini ditayangkan pada setiap hari Jumaat jam 9 malam (SIN/HK) di HISTORY™ (Astro SD Saluran 555, HD Saluran 575).
Mengenai HISTORY™ dan HISTORY HD™
HISTORY™ dan HISTORY HD™ adalah destinasi utama untuk siri kegemaran ramai yang menghiburkan serta rancangan istimewa berinformasi padat yang memenangi anugerah yang menghubungkan sejarah dengan penonton dengan cara yang informatif, mendalam dan mengasyikkan melalui pelbagai wadah. Rancangannya meliputi pelbagai genre daripada watak-watak dalam kehidupan sebenar yang menghidupkan sejarah setiap hari hingga kepada sejarah semula jadi, sejarah kontemporari, teknologi dan sains serta arkeologi dan budaya pop. Siri kegemaran ramai saluran ini ialah Kings of Restoration, Pawn Stars, The Vikings, Ancient Aliens, Duck Dynasty, Counting Cars, Hidden Cities Extreme dan Ride N’ Seek.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati:
Laman Utama: www.historyasia.com
Facebook: HistoryAsia
Twitter: @HistoryAsia
Mengenai A+E Networks®
A+E Networks ialah syarikat kandungan media global yang memenangi anugerah yang menawarkan pelbagai persekitaran komunikasi dari rangkaian televisyen, laman web, video/DVD, permainan dan perisian pendidikan. A+E Networks terdiri daripada rangkaian dan divisyen berikut: A&E®, Lifetime®, HISTORY®, LMN™ (dahulunya dikenali sebagai Lifetime Movie Network®), bio®, H2™, HISTORY en Espaňol™, Crime & Investigation Network®, Military HISTORY®, LRW™ (dahulunya dikenali sebagai Lifetime Real Women®), A&E IndieFilms®, A+E Networks International™, A+E Networks Digital™ dan A+E Networks Consumer Products™. Saluran A+E Networks dan program berjenamanya ditonton oleh lebih 300 juta rumahtangga di lebih 150 negara. A+E Network adalah kerjasama Disney-ABC Television Group dan Hearst Corporation.