in , ,

Apa Yang Menarik Ada di K-Food Fair Kuala Lumpur 2023 Selama Tiga Hari

K-Food Fair kembali, anjuran Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation serta Kementerian Pertanian, Makanan, dan Luar Bandar Korea Selatan.

Rasai budaya-K dari 13 hingga 15 Oktober di LG2, Blue Concourse, Sunway Pyramid Mall dari 10 pagi hingga 10 malam.

Berikut adalah sorotan acara:

Hari pertama – 13 Oktober 2023 (Jumaat)

K-Food Fair kini kembali secara rasmi di Malaysia. Bagi meraikan pesta ini, majlis dirasmikan oleh Encik Jang Jae Hyung, Pengarah Urusan aT Center Kuala Lumpur. Beliau akan bersama-sama dengan Tuan Yang Terutama Yeo Seung-bae, Duta Korea Republik, dan Amy Hoo, Ketua Jabatan Pemasaran Sunway Pyramid, untuk merasmikan acara tersebut dengan Upacara Bibimbap.

Majlis perasmian tersebut diikuti dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan K-Pop Cover Dance kegemaran tempatan, Kueendom dan Kingsman, yang akan mempersembahkan lagu-lagu popular dari BTS, Blackpink, EXO, PSY, TVXQ, dan New Jeans. Turut menyertai mereka di pentas adalah kumpulan Persembahan Taekwondo Malaysia, Team Arena, dengan persembahan Taekwondo yang memukau.

Apa Yang Menarik Ada di K-Food Fair Kuala Lumpur 2023 Selama Tiga Hari

Hari kedua– 14 Oktober 2023 (Sabtu)

Sempena sambutan Hari Hangul, Belajar Hangeul bersama Nura. Di TikTok dan Instagram, Nura sering berkongsi ungkapan Bahasa Korea untuk perbualan harian dan tip pembelajaran untuk penuntut baru. Belajar Hangeul bersama Nura dan kuiz Kahoot membolehkan pemain berpeluang memenangi baucar K-Food Fair 2023.

Seterusnya, persembahan hebat di pusingan awal Pertandingan K-Pop Cover Dance. Terdapat 10 kumpulan dan peserta solo yang akan bertanding, dan pemenang akan dinilai melalui undian awam untuk menjadi Top 5 finalis. Ingin menyerlahkan bakat anda? Sertai sesi K-Pop Random Dance bersama para peserta yang lain dan tunjukkan kebolehan!

Hari ketiga – 15 Oktober 2023 (Ahad)

Peringkat akhir Pertandingan K-pop Cover Dance. Lima peserta terbaik (kumpulan atau solo) akan bertanding untuk menjadi juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM7,000. Memandangkan kebanyakan yang hadir akan lebih bersemangat, sertai sebuah lagi sesi K-Pop Random Dance bersama-sama para penari dan raikan acara kemuncak.

TIGA HARI YANG PENUH DENGAN K-AKTIVITI MENARIK

Pengunjung boleh menantikan Zon Pengalaman K-Food dan meluangkan masa dengan mencuba permainan tradisional Korea seperti Tuho, Jegichagi, dan batu loncat sepanjang hari. Pengunjung juga boleh mencuba pakaian tradisional Korea, Hanbok, dan mengambil gambar di Photobooth K-Food dan tag @kfoodatmy bersama hashtag #kfoodfair2023 dan #malaysiakfoodfair2023

Dengan kerjasama JayaGrocer, pengunjung boleh membuat pembelian mereka di Zon Jualan K-Food. Dengan pembelian minimum RM50, pengunjung akan berpeluang untuk mencuba ‘Claw Machine’ atau ‘Photo Booth’ secara percuma.

Layari www.mykfoodfair.com untuk maklumat lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Baucar Hadiah ST Rosyam Mart Bernilai RM100,000

Nad Zainal & Ungku Aziz Selamat Menimang Cahaya Mata Lelaki