in

Apa Yang Istimewa Berbuka di Che Mat Delights Cyberjaya

Semalam, kami berpeluang untuk ke Cyberjaya untuk meninjau apa juadah menarik yang ada di Che Mat Delights. Sebenarnya, ini adalah cawangan ketiga Che Mat Delights selepas Damansara Perdana dan Kelana Jaya. Cawangan Che Mat Delights di Damansara Perdana dah pun dijual kepada pemilik yang baru. Akan datang, Che Mat akan membuka cawangan baru pula di Putrajaya dan juga di Kota Bharu. Wah… masyuk betul bisnes restoran ni kan.

Kepada yang nak datang ke Che Mat Delights Cyberjaya ni, senang sahaja. Kalau anda kenal dengan DPULZE Shopping Mall Cyberjaya, anda kena melalui dua blok lot kedai bersebelahan DPULZE ni. Nak senang, korang guna je lah Google Maps dan juga Waze. Mudah nak datang sini sebab restoran ini terletak di hujung lot deretan kedai.

Che Mat Delights Cyberjaya

Sebagaimana yang sedia maklum, Che Mat Delights Cyberjaya terkenal dengan masakan dan hidangan selera kampung Melayu Kelantan atau Pantai Timur. Budiey suka dengan laksa Kelantan tetapi malang sekali semalam, hari Ahad, Che Mat tak buat laksa Kelantan. Kalau nak makan laksa Kelantan, korang boleh datang pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Sedap wooo, laksa Kelantan ini memang didatangkan dan ditempah khas dari Kelantan.

Pada hari Ahad anda boleh merasai pelbagai jenis masakan berasaskan kambing. Macam-macam ada, gulai kawah, ada juga ayam bakar, ikan percik, ikan gorang, ayam percik, bersama dengan nasi kromok. Perghh… sedap ya amat. Semalam, Budiey memilih untuk makan nasi ulam. Memang meletop.

Untuk anda yang tinggal berhampiran dengan Cyberjaya dan Putrajaya, Che Mat Delights ada menyediakan van ala-ala food truck yang akan singgah untuk anda memilih dan membeli juadah berbuka puasa. Untuk info lanjut, boleh follow Instagram @chematdelights dan Facebook Che Mat Delights.

Che Mat Delights Cyberjaya

Sebagai pemanis mulut, kat sini ada bubur pulut hitam, cendul bersantan, kuih badak berendam, jala mas dan macam-macam lagi. Untuk minuman pula, Budiey memilih untuk merasai jus buah tembikai dan juga green tea tiga layer. Perghhh… kenyang!

Budiey suka dengan susun atur dan juga konsep restoran Che Mat Delights Cyberjaya di mana ya berkonsepkan stall atau gerai di Kelantan. Klasik dan moden. Memang satu gabungan yang menenangkan mata memandang. Korang jangan lupa untuk like, comment dan share video di bawah ini ya.

Terima kasih kepada Che Mat Delights kerana sudi menjemput kami merakam vlog GILA MAKAN kat sana.

Che Mat Delights Cyberjaya

Che Mat Delights Cyberjaya

Che Mat Delights Cyberjaya

Che Mat Delights Cyberjaya

Che Mat Delights Cyberjaya

Che Mat Delights Cyberjaya

Che Mat Delights Cyberjaya

Che Mat Delights Cyberjaya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amirul Jafril Lancar Lagu Raya SINAR AIDILFITRI

Istimewanya Album RIA AIDILFITRI Noraniza Idris