in

Apa Yang Bestnya Moslema In Style Fashion Forward 2015 MISIFF 2015

Demam Moslema In Style Fashion Forward 2015 (MISIFF 2015) untuk tahun ketiga kini bermula apabila pihak Moslema In Style mengumumkan seramai 12 label fesyen Muslimah bakal menggegarkan pentas peragaan MISIFF 2015 pada 7 hingga 8 November 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Acara bertaraf antarabangsa tersebut turut menampilkan label Miss Ayesha dari Turki, Sufyaa dari Singapura, Hijabox, Anniesa Hasibuan dan Sad Indah Ambriawati, ketiga-tiganya dari Indonesia. “Objektif kami ialah untuk membawa nama Malaysia agar menjadi sebutan sebagai hub fesyen Muslimah dan gaya sopan di peringkat antarabangsa, juga sebagai platform label Malaysia menempatkan jenama mereka di luar negara,” jelas Emy Yuzliza, Pengasas Moslema In Style.

IMG_8962

12 LABEL, 100 RUANG PAMERAN, 30 000 PENGUNJUNG BAKAL MERIAHKAN MISIFF 2015 DI PWTC PADA 7 DAN 8 NOVEMBER INI

Pencarian Model Hijab MISIFF 2015 dengan kerjasama agensi model antarabangsa Base Model Management Kuala Lumpur antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat sebelum berlangsungnya acara MISIFF 2015.

Emy berkata, “Moslema In Style dan Base Model Management Kuala Lumpur melihat kepada visi yang sama, untuk memberi peluang kepada wajah baru dan tempatan menerokai peluang peragaan fesyen Muslimah dan gaya sopan di tahap profesional. Malaysia dianugerahkan dengan ramai peragawati berhijab amatur, adalah lebih baik apabila mereka diberi pendedahan untuk berjalan di pentas dengan menyarung busana jenama antarabangsa dan terlibat dengan sesi fotografi editorial atau iklan secara profesional, iaitu diwakili agensi berdaftar.”

Seiring dengan syariat dalam membawa nama fesyen Muslimah, kru yang terlibat di belakang pentas seperti jurusolek dan penata gaya akan dikendalikan sepenuhnya oleh wanita dan sesi peragaan fesyen hanya akan dibuka kepada wanita jemputan sahaja. Manakala ruang perniagaan yang terletak di luar pentas tertutup dibuka kepada orang ramai dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam pada hari Sabtu, 7 November 2015 dan 10.00 pagi hingga 6.30 petang pada hari Ahad, 8 November 2015. Lebih memudahkan apabila terdapat zon kanak-kanak dan lounge lelaki menjadikan pengalaman membeli-belah dan kunjungan ke MISIFF 2015 amat bermakna buat yang hadir sekeluarga.

Sebanyak 100 ruang perniagaan yang menawarkan pelbagai jenama fesyen dan produk khas untuk wanita dan seisi keluarga akan menjadi sasaran pengunjung. Menariknya, ruang perniagaan ini bukan sahaja disertai oleh fesyen Muslimah ternama seperti Sri Munawwarah Design, Haziq Scarf, Shara Islamic Fashion, Siti Khadijah, Bella Amara, Minaz, Werda, Ameera Zaini Hijab Revival, Shea Rasol dan pelbagai lagi, tetapi turut mendapat penyertaan dari selebriti seperti Neelofa yang menampilkan jenama Naelofar Hijab, Irma Hasmie dan Ziana Zain yang akan menemui peminatnya menjual pakaian jenama kolaborasi penyanyi tersebut bersama butik Zatu Emerald. Untuk penjagaan kecantikan wanita, kosmetik Halal dari Paris, KHADIJA antara produk jenama Halal luar negara yang akan menemui pengunjung MISIFF 2015 di ruang perniagaan.

Tidak terhenti di situ, kejutan kunjungan beberapa ikon hijab dari luar negara seperti Kubra Kapki dari Turki, Aydha Mehnaz dari Bangladesh, Azizah Talusan dari Filipina dan Romy Ahmed dari United Kingdom dijemput untuk satu sesi “Hijab Talk” dijadualkan pada hari Ahad, 8 November 2015. Menurut Emy lagi, “Ketika sesi ‘Hijab Talk’ yang terbuka kepada orang ramai ini, kita dapat melihat dan mendengar perkongsian ikon hijab dari negara masing-masing. Inilah peluang keemasan untuk pengikut ikon hijab di sosial media untuk melihat sendiri secara dekat ‘wakil’ dari negara mereka bercerita dan berkongsi tip mengikut budaya dan cara masing-masing. Mungkin juga peluang berselfie bersama mereka nanti!”

Sebagai pelengkap objektif Moslema In Style, sesi “Usrah Usahawan” menyusul selepas “Hijab Talk”. Pengisian usrah daripada ahli panel yang merupakan individu di sebalik jenama fesyen Muslimah tersohor iaitu Dato’ Tuan Hasnah Tuan Yusoff, Pengasas Sri Munawwarah Design dan ahli panel jemputan Encik Muhammad Rafie bin Ramli, Pengasas Felinna.

Acara MISIFF 2015 mendapat sokongan dan tajaan dari pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Sri Munawwarah Design. “Sri Munawwarah Design adalah satu jenama Malaysia yang dinobatkan anugerah The BrandLaureate yang mana bukan nama asing dalam industri fesyen Muslimah di Malaysia dan United Kingdom. Sri Munawwarah Design juga baru sahaja pulang dari London mempamerkan koleksi terbaru mereka. Di pentas MISIFF 2015 nanti, barisan koleksi terbaru Sri Munawwarah Design bakal diperagakan dan koleksi evergreen mereka akan dijual pada harga istimewa di ruang perniagaan,” kongsi Emy.

Selaku media rasmi televisyen TV9, personaliti Lin Nisa iaitu Ameera Zaini, Faatin Akib, Bella Yunus dan Shea Rasol bakal membuat penampilan khas di pentas MISIFF 2015. Antara media rasmi antarabangsa yang bakal membuat liputan khas termasuklah web portal Ala Hijab dari Turki, majalah Asians UK dari United Kingdom, majalah Azizah dari Amerika Syarikat, majalah Muslim Bride dari Afrika Selatan, majalah Hijabi Mag dari Filipina dan Gaya Magazine dari Singapura.

“Promosi dan publisiti di media cetak, elektronik dan media sosial akan dilaksanakan secara menyeluruh seminggu sebelum acara berlangsung untuk menarik pengunjung yang dianggarkan sekitar 30,000 orang. Pastikan anda sekeluarga tidak terlepas menghadiri MISIFF 2015 yang pasti bermanfaat untuk mengenali produk halal dan fesyen Muslimah Malaysia dan antarabangsa yang ternama dan terbaru. Setiap jenama yang terlibat juga bakal memberi banyak beg hadiah buat pelanggan mereka,” jelas Emy.

Untuk informasi lanjut, layari www.misiff.com.

Follow Instagram @MoslemaInStyle, #MoslemaInStyle, @MISIFF_2015 and #MISIFF2015

Encik Rizman, Pengasas Moslema In Style, Dato' Tuan Hasnah Tuan Yusoff Pengasas Sri Muwarrah Design, Puan Haslina Mohd Ali, dan Puan Emy Yuzliza

Puan Haslina Mohd Ali, COO & Pereka Fesyen Sri Munawwarah Design ditemuramah media

Sesi soaljawab bersama media jemputan

ABOUT MISIFF
The MISIFF is set to become the largest event for Muslim women in Malaysia, maximizing the potential for female entrepreneurs, designers and business leaders to market their product and services and expand their network. The aims to be a celebration of the success of Muslim women as well as providing a platform for new and emerging talent to break through along with inspiring future generations with messages of empowerment and support. Inspiration and encouragement will be provided by motivational speakers, seminars, networking, fashion shows and much more. This is a unique and exciting opportunity for new generations of female Muslims to gain their support of their peers and put forward their own ideas, products and services in a cost effective manner that may not have been possible elsewhere. MISIFF is ideal platform for temporary ideas and original talent as well as an opportunity to shop, make new contacts and be inspired to make independent decisions concerning ones own lifestyle. It’s the ultimate event exclusively for Muslim women.

ABOUT MOSLEMA IN STYLE
Moslema In Style was founded in 2012 with the primary objective is to assist Malaysian Muslim fashion designers and label to build a brand that is known and recognized. Moslema In Style is to make Malaysia as a hub for reference and “trendsetters” for the Muslim Fashion industry as we can see now that Muslim Fashion is expanding rapidly around the globe. As an event company, Moslema In Style has a special focus that involves working with and empowering Muslim women organisations, making Moslema In Style a platform which promotes aspiring talented individuals and businesses. As for today, Moslema In Style was recognized by international event organizer; their trusted partner towards successful of their event.
• Indonesia Moslem Fashion Week 2014 (Bandung, Indonesia)
• Indonesia Fashion Week 2014 (Jakarta, Indonesia)
• Saverah Woman Expo 2015 (London, UK)
• Muslim Lifestyle Expo 2015 (Coventry, UK)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senja Merah Filem Pertama Lakonan Faizal Hussein

Astro Anjur Pertandingan Filem Pendek SHORTCUTS