in , ,

Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang Puisi Rangga dalam AADC2

Hari ini, hari Khamis, bermulanya episod baru dari koleksi tontonan sinema Malaysia. Maka pawagam semuanya bergembira menerima penonton yang super-duper excited untuk menonton ADA APA DENGAN CINTA 2. Rata-rata yang dah menonton pada malam gala yang lepas mengatakan mereka akan menonton untuk kali kedua kerana keindahan puisi yang diselitkan dalam filem ini. Budiey pun begitu juga, mahu menontonnya sekali lagi bersama yang tercinta gitu deh.

Terus terang Budiey cakap, apa yang menarik dari filem ini ialah rangkuman puisinya yang indah menosok kalbu gitu. Bercakap tentang puisi, semasa malam gala yang lalu, Budiey sempat menemubual penulis skrip jalan cerita dan juga penerbit filem AADC2 iaitu Mira Lesmana. Budiey sangat senang sekali menemubual Mira kerana orangnya sangat lemah lembut, mesra, murah senyuman dan senang bekerjasama. Jawapan yang diberikan juga sangat informatif dan padat sekali.

ADA APA DENGAN CINTA 2

Tonton Temubual Bersama Penerbit Mira Lesmana Penulis Skrip AADC2

[dropcap]M[/dropcap]enurut Mira Lesmana, ada empat buah puisi yang diselitkan dalam filem ini. Puisi tersebut dihasilkan dari buah minda seorang penyair yang sangat berbakat dan prolifik dari Timur Indonesia, Kota Makasar bernama Aan Masyur.

Puisi yang diselitkan dalam AADC yang pertama rupanya berbeza penyairnya dan tidak sama dari buah minda di mana ianya dihasilkan dari penyair yang berlainan. Ternyata, ramai berpendapat puisi dari filem pertama lebih menosok, lebih jiwa dan lebih menyentuh rasa. Menurut Mira, ada 31 puisi dan hanya empat puisi sahaja yang dibacakan dalam filem ini. Kompilasi puisi Rangga ini telah dibukukan dengan judul TIDAK ADA NEW YORK HARI INI dan dilancarkan pada beberapa minggu lalu.

Dalam filem Ada Apa dengan Cinta 2 memang akan menampilkan hanya beberapa puisi, tetapi Aan memang telah menulis sajak dan bait-bait romantis itu dari kisah Rangga dan Cinta yang jumlahnya sekitar 31 judul puisi.

Aan Masyur juga manyatakan bahawa ia telah memulai menulis sajak puisi Rangga dan cinta di filem AADC 2 itu pada tahun 2005 lalu, ia bahkan telah menonton puluhan kali filem Ada Apa dengan Cinta siri pertama untuk mendapatkan idea jelas semasa menulis puisi.

Mira pernah datang ke Malaysia untuk mempromosikan AADC yang pertama 14 tahun lalu. Untuk promosi, pihak Miles menyerahkan sebulatnya kepada Primeworks.

Cabaran sebenar untuk menghasilkan filem ini. Mira mahu bebas bercerita tentang garapan jalan cerita. Jika tidak, Mira akan jadi sulit untuk menyelongkar cerita kepada penonton.

Malam Gala Ada Apa Dengan Cinta 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab ANUGERAH SERI ANGKASA Kembali Dianjurkan

Hari Ini ADA APA DENGAN CINTA 2 di Pawagam Seluruh Malaysia