Taruhan terbarunya ini bakal mengukuhkan lagi tempat penyanyi ini sebagai satu-satunya penyanyi lelaki generasi baharu dalam barisan pelapis pejuang muzik urban di arena muzik arus perdana Malaysia.
Menerusi “Donde”, Andi sekali lagi bekerjasama dengan rapper dan penerbit tersohor, Alif yang juga bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman lagu ini. Lagu ini turut menyuntik elemen muzik latin dalam susunan muziknya.
EKSKLUSIF: Andi Bernadee Perjelas Maksud DONDE & Simbolik dari Video Muzik
Penggunaan muzik latin ini seiring dengan penggunaan istilah ‘donde’ yang membawa maksud ‘di mana’ dalam Bahasa Sepanyol, sekaligus bertepatan dengan tema pencarian dalam lagu ini.
Video Muzik Rasmi ‘Donde’ Memasuki List Trending Di Youtube Sejak Dilancarkan
Video muzik rasmi “Donde”arahan Azfar Hamidi daripada MTAS Production ini membawakan konsep lelaki psiko yang sedang mencari seseorang. Video muzik lakonan Andi sendiri ini telah memasuki list trendingYouTubesejak dilancarkan.
Single“Donde” terbitan Warner Music Malaysia iniboleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 29 MAC 2019 manakala video muzik rasmi “Donde”boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 10 APRIL 2019 yang lepas.
Pautan Youtube untuk video muzik rasmi “Donde”: https://wmm.lnk.to/Donde/youtube
IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT ANDI BERNADEE DI MEDIA SOSIAL
FACEBOOK :https://www.facebook.com/andibernadee2015
INSTAGRAM :https://www.instagram.com/andibernadee