in

Apa Pendapat Selebriti Tentang Program hlive!

Semalam, Budiey sempat menemubual beberapa orang selebriti tentang apa pendapat awal mereka tentang hlive! Ada selebriti yang tak tahu langsung, ada selebriti yang dah tahu awal-awal, ada yang propa buat-buat tahu, dan tak kurang ada yang terpinga-pinga tak mahu ditemubual takut nanti ada yang kutuk mereka di laman sosial. Tapi Budiey respect dengan selebriti yang Budiey temui dan mereka menjawabnya dengan jujur.

Jika anda boleh tonton video kat atas ini, rata-rata selebriti dah tahu dari awal hlive! itu diadaptasikan dari huruf h singkatan untuk hiburan. Lebih kurang E! News gak la. Pandai betul diorang buat homework.

Antara selebriti yang sempat Budiey temui di sana, Dato’ Siti Nurhaliza, Awi Rafael, Karl Shafek, Natasha Hudson, Ryzal, Jonathan, Emma Maembong, Uqasha Senrose, Hanis Zalikha, Amanda Imani, Wak Doyok, Nik Michael, Dira Abu Zahar, Mustaqim Bahadun dan ramai lagi lah.

Terlancarnya hlive! pasti memberi saingan yang lebih sengit kepada stesen TV yang lain. Mungkin satu hari nanti akan ada satu stesen yang akan menyiarkan program hiburan 24 jam sehari. Mana kita tahu. Namun, jika kita pandang dari segi pro dan kontranya pasti akan ada bangkangan dari pihak-pihak tertentu.

Apa-apa pun hlive! ini menjanjikan liputan yang lebih komprehensif berita hiburan terkini tanpa henti katanya. Tapi hanya dua kali sehari je. Jadi tanpa henti di sini Budiey rasa tak tepat. Kerana tanpa henti merujuk kepada siaran 24 jam hanya hiburan semata-mata.

Lebih mengujakan apabila hlive! mengambil pendekatan menyeluruh 360 darjah dan menampilkan hos baru yang lebih segar dengan isi kandaungan yang lebih interaktif iaitu menerusi platform Tonton, Dengar dan Baca. Ini bersesuaian dengan aset yang ada pada Astro di mana ia merangkumi secara on air, laman portal, penerbitan digital, acara jelajah atau lapangan, radio, perkhidmatan aplikasi serta perkhidmatan Astro On-The-Go. Jadi tak hairan, segala berita hiburan akan sampai kepada penonton dengan lebih pantas berbanding sebelum ini.

Bayangkan segala berita ini dapat diterima melalui beberapa platform iaitu Astro Ria, Astro Awani, Era FM, Sinar FM, InTrend, Astro Gempak, MeleTOP, Studio H dan juga Murai.

Untuk liputan berita antarabangsa pula, hlive! berkolaborasi dengan pihak E! News untuk membawa liputan berita-berita antarabangsa secara eksklusif. Dengan itu, penonton akan disajikan dengan E! News Express from Hollywood setiap hari Selasa hingga Ahad jam 9 malam menerusi E! Entertainment (712).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Top 10 Trending People Untuk Bulan April 2014

Teater Monodrama Legenda Dato’ Dol Said