Ianya dibuktikan anak kelahiran Terengganu ini menerusi percubaannya sebagai hos program travelog terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Apa Lagi Terengganulah” mulai 2 Julai lalu, setiap Selasa, pukul 3.00 petang di TV Okey (Astro 109).
Menariknya dalam 13 episod program travelog ini memaparkan keunikan, kecantikan dan sejarah sesuatu tempat di negeri Terengganu. Syafiq membawa penonton menjelajah ke tapak-tapak pelancongan dan memperkenalkan sosio-ekonomi, makanan, dan aktiviti masyarakat setempat.
Dalam episod pertamanya ikuti menggembara Syafiq ke Kuala Besut memperkenalkan seni ukiran kayu dan seni muzik dikir barat. Beliau menemubual pengurus dikir negeri Terengganu iaitu Cikgu Sulizi Che Awang. Selain itu, kunjungan ke Kedai Tie Nasi Lemak, Kedai Sate Lanang Jabi dan Kedai Nasi berlauk Moksu Yah mencuba menu unik goreng belalang, juga sate ayam, lembu, dan kambing, kuih-muih juga bubur manis.
Berikutnya singgah di daerah Setiu yang terkenal dengan makanan laut kepada penonton. Hos bertemu pengurus pembuatan sos ikan bilis dan berkesempatan menangkap ketam, mencari kerang, berkayak dan menikmati makanan laut yang segar.
Usah ketinggalan menyaksikan episod di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Bidong. Antara aktiviti yang disertai oleh hos adalah snorkeling, berenang dan berkayak sambil menikmati pemandangan yang indah. Manakala Pulau Bidong merupakan tempat sejarah berjejak peperangan di antara Vietnam dengan Amerika. Syafiq mengunjungi kubur dan kuil yang mengandungi unsur agama Buddha di Pulau Bidong. Akhirnya, hos melawat ke tapak pertumbuhan kerang yang diusahakan oleh Hamhariah Jaafar.
Singgah di Kuala Terengganu membawa Syafiq menikmati nasi dagang, nasi lemak, keropok lekor, teh tarik ombak dan nasi minyak. Selain itu, kain sutera, songket, batik dan baju kurung dapat dibeli di sini. Aktiviti proses membuat wau bulan turut dipaparkan. Tarian traditional Terengganu turut disembahkan bersama dengan lagu Ulek Mayang. Hos juga mengunjungi pasar malam yang mengandungi pelbagai jenis koleksi barang.
Syafiq kemudiannya melawat ke China Town. Antara restoran yang dilawat oleh hos adalah Mama Kim Sauna Mee dan restoran ZQ Bepang Pulut. Selain itu, hos juga mengunjungi kilang yang membuat perahu dan kilang menenun kain songket.
Sementara itu Syafiq sempat menemubual pengusaha Kedai Makan Makcik Ngah yang terkenal dengan keropok lekor. Selain itu, seorang pakar membuat keris iaitu, Pakcik Abdul Bakar turut ditemubual dalam episod ini. Seorang tukang emas yang bekerja di Kedai Emas AsSafiya bernama Yaakub Bin Ismail sempat ditembual dalam episod ini.
Kunjungan di Kuala Berang yang menghasilkan pelbagai jenis ikan, Syafiq menikmati Roti Keramat Binjai dan Roti Binjai Legend. Turut ditemubual pengurus Warisan Pahlawan Resort iaitu Tun Mohd Anuar Tun Ahmad. Tarian Silat Melayu juga dipersembahkan di dalam resort ini.
Tambah mengujakan pengembaraan ke Tasik Kenyir yang merupakan tasik terbesar di negara kita. Syafiq tinggal di rumah bot yang diusahakan oleh Encik Sabri bin Ismail. Antara aktiviti yang terlibat oleh hos adalah memancing, membakar BBQ, menunggang gajah dan berenang di air terjun Tasik Kenyir. Selain itu, hos juga mengunjungi Taman Herba iaitu tempat pelancongan, pusat pendidikan dan tempat penyelidikan.
Dalam episod lain, Syafiq menuju ke Marang di Hulu Terengganu. Beliau melawat ke Pasar Bandar Marang dan Kedai Sata Ikan. Selain itu dia diberi peluang untuk mengunjungi kilang membuat manisan nira kelapa dan kilang membuat keropok.
Hos kembara ke Dungun yang kaya dengan makanan laut. Dia singgah di Gerai Pelbagai yang menjual pelbagai jenis kuih-muih di sini. Selain itu, hos mengunjungi Pantai Teluk Bidara di mana airnya jernih dan pasir yang halus. Antara makanan yang dapat dinikmati di sini adalah Nasi Goreng Sotong, Goreng Ikan, Goreng Sotong dan Nasi Dagang. Syafiq meluangkan masa melawat ke tempat membela penyu. Hos turut menyertai diri dalam aktiviti golf di Kelab Golf Desa Dungun.
Kunjungan ke selatan Terengganu melawat ke Paka, Kijal dan Kemasik. Paka, sebuah daerah yang terkenal dengan perindustrian minyak dan gas. Hos menikmati makanan tempatan iaitu nasi lemang, kambing bakar, ikan bakar, sup belut dan ketam goreng. Penghasilan ikan bilis dan proses membuat ikan bilis kering turut dipaparkan. Syafiq menemubual seorang pencipta lagu dan penulis lirik iaitu, Wan Zul dan menyanyi dengan beliau.
Episod akhir membawa Syafiq mengunjungi Zoo Kemaman di mana terdapat pelbagai jenis spesis burung, harimau, ular sawa, gajah, orang utan dan buaya. Syafiq juga menyertai diri dalam proses membuat keropok lekor juga memperkenalkan beberapa spesis penyu, kura-kura dan tuntung sungai kepada penonton. Antara makanan tempatan yang dapat dinikmati oleh Syafiq adalah mee ikan, udang harimau goreng, ketam goreng, ikan kukus, otak-otak dan satan ikan.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.