Berita paling panas hari ini ialah laporan pelakon Sharnaaz Ahmad yang dikatakan bikin panas lagi. Berita ini ada dapat liputan di muka depan Harian Metro. Pelakon terkenal Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati membuat laporan polis selepas diugut dan diserang oleh Sharnaaz namun ikut kata Nisdawati, dia tak tau menahu kenapa Sharnaaz nak serang & memaki hamun Nisdawati.
Fauzi Nawawi Terima SMS Ugutan
[dropcap]S[/dropcap]MS berbaur ugutan yang diterima oleh Nisdawati pada 21 Februari jam 9.42 pagi berbunyi begini:
“Sekarang lu cerita apa pun wa mau beli. Big Boss sudah roger gua. Wa tak boleh kasi malu wa punya bos. Harap lu paham. Ini kali kita kasi habis.”
Wow, ayat SMS ni mengingatkan Budiey dengan filem KL Gangster lak. SMS tu, yang dihantar kepada suami Nisdawati, Fauzi Nawawi, dan Fauzi berkata dia menerima SMS ugutan tersebut dan meminta penjelasan dari Sharnaaz kenapa dia menengking, mengamuk dan cuba menyerang isterinya di lokasi pengambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh pada 19 dan 21 Februari.
“Saya hanya minta penjelasan dan dia mungkin tidak berpuas hati sebelum menghantar SMS seperti itu. Bagi saya, perbuatannya itu melampau, apatah dalam keadaan isteri saya mengandung lebih 5 bulan.”
“Industri hiburan tanahair bukan besar, tapi perangai gengster yang ditunjukkan Sharnaaz ini melampau dan boleh memburukkan semua pelakon ataupun penghibur.”
Sharnaaz turut menyumpah anak dalam kandungan Nisdawati selain mengajak Nisdawati untuk berjumpa.
“Dia mungkin hendak bergaduh, tapi itu bukan cara saya. Jika ikutkan hati, sememangnya saya marah, tetapi negara ini mempunyai undang-undang dan saya akan gunakan saluran yang betul.”
“Namun apa yang pasti, saya akan mengambil tindakan sepatutnya mengikut undang-undang sekiranya kandungan dan kesihatan isteri terjejas,”
Nisdawati pulak berkata, Sharnaaz secara tiba-tiba memarahinya sewaktu dalam penggambaran kat Kuang pada 19 Februari lalu pukul 11 malam. Nisdawati bagaimanapun mengambil tindakan berdiam diri untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan namun keadaan jadi lagi teruk 2 hari kemudian iaitu pada 21 Februari bila Sharnaaz sekali lagu nak serang Nisdawati masa di lokasi penggambaran kat Sungai Buloh.
Berikutan insiden ini, dia dan isteri sudah buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Dang Wangi.
Mengimbas apa yang berlaku, Nisdawati berkata,
“Sharnaaz tiba-tiba memarahi saya tanpa sebab dan tidak juga menyatakan kenapa dia berbuat demikian. Ketika itu saya hanya mendiamkan diri bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. Selepas tamat pengambaran saya memaklumkan kepada suami.
“Suami menenangkan saya sebelum menasihatkan supaya bersabar dan hanya mendiamkan diri. Namun, pada 21 Februari lalu, keadaan bertambah buruk apabila Sharnaaz sekali lagi mahu menyerang saya di lokasi pengambaran di Sungai Buloh. Saya bernasib baik kerana dia (Sharnaaz) dihalang krew. ”
Tuduhan Lisdawati, Suami Mengarut’ – Sharnaaz Ahmad
[dropcap]P[/dropcap]elakon Sharnaaz Ahmad menganggap kenyataan Lisdawati yang mendakwa diserang sehingga menyebabkannya mengalami tekanan darah tinggi adalah tuduhan mengarut. Menurut laporan Mstar Online, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia enggan mengulas panjang berhubung perkara tersebut namun menganggap Lisdawati bersama suaminya, Fauzi Nawawi sengaja memanipulasi keadaan apabila mengeluarkan tuduhan sedemikian.
“Mereka memang sengaja memanipulasikan keadaan. Biarlah apa mereka nak cakap… cakaplah. Buat masa ini saya tidak mahu beritahu apa-apa. Tunggulah… bila saya bersedia untuk menjawab persoalan semua.”
Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik.