MEDAN PERJUANGAN INDUSTRI MUZIK
Iluminasi Muzik Membawa Sinar Cahaya Mentafsir Keajaiban Irama Dan Lagu
Pada 6 Januari lalu, Budiey ada menghadiri sidang media Anugerah Juara Lagu 23 yang diadakan di Room 1, Tingkat 5, North Wing, Sri Pentas, Bandar Utama. Ramai penyanyi, komposer dan penulis lirik yang hadir untuk mencabut undian giliran untuk buat persembahan pada malam itu.
Selain perkenalkan alat make up Stage sebagai penaja utama, majlis pada petang itu juga memperkenalkan juga pengacara malam AJL iaitu Ally Iskandar dan Faizal Ismail.
Konsep untuk AJL kali ini ialah Iluminasi yang bererti penataan dan permainan cahaya. Finalis pun ramai yang datang… ada dua tiga artis je yang tak datang. Turut diperkenalkan set pentas pada malam itu. Memang gempak gak la. Yang penting pada malam itu, korang akan saksikan permainan lampu cahaya… ada unsur-unsur visual yang begitu mengkagumkan akan dipersembahkan.
Budiey dah tanya persiapan beberapa orang artis. Farawahida nak buat stunt sikit, katanya nak guna tali melayang dari atas pentas… tetapi tak dipersetujui oleh produksi atas alasan keselamatan. Aiman pula nak buat kelainan dari segi muzik yang lebih oriental sikit. Tarian pun terpaksa upah penari dari luar. Takde budjet sebab AJL kali ini dengar ceritanya kurang penaja. Kesian, kan 2009 adalah tahun kegawatan ekonomi. Heliza pun akan buat kejutan bersama Zahid. Kena tunggu sahaja persembahan mereka.
Malam mendebarkan bagi penggiat industri muzik tanah air bakal menjelma! 14 buah lagu terhebat hasil nukilan dan garapan komposer, penulis lirik dan alunan penyanyi-penyanyi hebat tanahair bakal dinilai bagi mencari juara antara yang terbaik, lagu terhebat dalam Anugerah Juara Lagu 23. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu 23? Segala-galanya bakal terjawab pada 18 Januari 2009 nanti!
Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Anugerah Juara Lagu 23 akan dibawa secara langsung menerusi TV3 pada jam 9.00malam hingga 11.30malam. 14 buah lagu oleh 13 artis-artis popular solo dan berkumpulan bakal berentap mempamerkan kehebatan vokal masing-masing mengalunkan lagu-lagu yang dicipta oleh komposer-komposer dan penulis lirik terkenal melalui 3 kategori utama, Etnik Kreatif, Balada dan Pop/Rock. Kesemua mereka hanya mempunyai satu matlamat iaitu menjulang trofi Anugerah Juara Lagu 23.
AJL sering membawa konsep berlainan setiap tahun dan pada tahun ini konsep ‘Iluminasi’ dipilih sebagai menerapkan sinaran dan keajaiban kepada perjalanan acara gemilang ini. Pada malam berkenaan AJL 23 akan bermandikan cahaya yang akan memberikan impak kepada bukan sahaja persembahan finalis malah secara keseluruhan perjalanan program ini berlangsung.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awaluddin berkata, ”Anugerah berprestij ini bakal dibuka tirainya dengan acara “Red Carpet” pada jam 7.30malam yang bakal menyaksikan selebriti tanah air berdandan dan berhias rapi menggayakan busana mereka seiring dengan perkembangan dunia fesyen yang dinamik. Saksikan artis-artis dan personaliti kesayangan bergaya penuh keyakinan dengan mengenakan make-up dan dandanan dari Stage Cosmetics, selaku penaja rasmi AJL 23. Acara ‘Red Carpet’ ini akan dibawakan secara langsung melalui website www.tv3.com.my. Selain dari itu penonton juga berpeluang mendapatkan cerita-cerita eksklusif dan sebalik tabir AJL 23 dengan melayari www.gua.com.my.”
”Selain daripada itu, Nyanyian Hangat AJL di HOT.FM juga turut diadakan di Stadium Bukit Jalil bermula pada jam 4.30 petang. Pada acara ’ground event’ ini orang ramai berpeluang untuk menyertai dan menyanyikan lagu-lagu yang berjaya ke AJL dan pemenang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM1,000, RM500 dan RM300. Disamping itu HOTFM juga akan memberikan peluang kepada orang ramai memenangi 10 tiket VIP pada saat akhir sebelum bermulanya siaran langsung AJL. Khusus menjelang AJL juga, pada 18 Januari 2009 TV3 akan menyiarkan sebuah program khas setengah jam berjudul ’Debaran AJL’ pada jam 5.30petang.”
Faizal Tahir pada mulanya dapat giliran yang tak begitu cantik… dapat nombor berderet. Akhirnya diganti dengan persetujuan bersama.
Aizat dijangka akan menang pada malam itu?
Heliza dan Zahid… Mawi tak jadi sebab sibuk nak bermain bed-minton dengan Ekin…
Yeay… Kak Ziana kita ketawa sampai nampak gigi… huhu… rahang besar memang sedap suara.
Good luck Ziana Zain… we love you so much!
Buat pertama kalinya, STAGE Cosmetics telah dipilih sebagai penaja rasmi AJL 23. Menurut Mr. Tan Thiam Hock, Pengarah Urusan Alliance Cosmetic Group berkata, “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan TV3, sekaligus memperkenalkan jenama STAGE Cosmetics yang mementingkan kualiti, bersih dan kepelbagaian produk, yang julung kalinya menaja program berprestij sebegini. Sudah pastinya acara yang gilang-gemilang ini bakal diserlahkan lagi oleh STAGE Cosmetics bukan sahaja di acara karpet merah, malahan koleksi produk kami akan turut mewarnai iluminasi AJL 23 menerusi artis-artis dan para penari yang terlibat di dalam persembahan pada malam itu.”
AJL 23 bakal menggandingkan pengacara popular yang tidak asing lagi iaitu Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar yang menjadi nadi penggerak mewarnai lagi majlis gilang-gemilang ini. Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding dengan persembahan yang mantap dan bertenaga, AJL juga turut menjemput penyanyi tersohor M.Nasir, Jamal Abdillah dan Jaclyn Victor dalam persembahan ‘interlude’ selain One Nation Emcees sebagai persembahan pembukaan.
Bagi peminat setia AJL, mereka juga berpeluang mendapatkan tiket-tiekt VIP yang eksklusif melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) dan juga HOT.FM. Di samping itu, tiket-tiket percuma boleh diperolehi daripada balai pengawal, Sri Pentas, Bandar Utama mulai Sabtu 10 Januari 2009. Tiket adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. Buat kali ke-2, selain boleh menyaksikan siaran langsung AJL melalui kaca televisyen, penonton dari seluruh dunia boleh mengikuti siaran langsung ini melalui internet di laman web www.tv3.com.my dan juga di www.gua.com.my. Selain daripada itu bagi mereka yang tidak berkesempatan, boleh mengikuti siaran langsung AJL menerusi radio rasmi anugerah ini, HOT FM.
Heliza yang selalu manis bermata bulat
Farawahida
Berikut merupakan senarai lagu-lagu yang berjaya ke peringkat akhir AJL 23 :-
1. Doa Dalam Lagu
(Etnik Kreatif)
Zahid & Heliza
Ajai
Loloq
2.
Dusta Berkalang
(Etnik Kreatif)
Aiman
Hafiz Hamidun
Ahmad Fedtri Yahya
3.
Persoalan Cinta
(Etnik Kreatif)
Farawahida
Julfekar
Ku Seman / Izza Rosley
4.
Sampai Syurga
(Balada)
Faizal Tahir
Audi Mok
Faizal Tahir
5.
Bila Nak Saksi
(Balada)
Spider
Tam (Spider)
Loloq
6.
Dingin
(Balada)
Ziana Zain
Azlan Abu Hassan
Azalea
7.
Hanya Di Mercu
(Balada)
Ayu
Aubrey Suwito
Habsah Hassan
6.
Cuba
(Balada)
Faizal Tahir
Audi Mok
Faizal Tahir
9.
Lagu Kita
Aizat
Aizat
Aizat
(Balada)
10.
Kalis Rindu
(Pop Rock)
Elyana
Aidit Alfian
Ad Samad
No giliran aku 14 daaaaa
11.
Lagu Untukmu
(Pop Rock)
Meet Uncle Hussien
Taja,Tass,Lan
Taja, Tass
12.
Yang Pernah
(Pop Rock)
Estranged
Estranged
Estranged
13.
Aku Stacy
(Pop Rock)
Stacy
Intan Norul Azlin
Intan Norul Azlin, Layla Ismail
14.
Bukan Disini
(Pop Rock)
Sofaz
Zimi Sofaz & Ameer Sofaz
One
Hadiah yang bakal dimenangi oleh finalis AJL 23 adalah seperti berikut:-
JUARA LAGU KE 22
Trofi dan wang tunai RM 25,000
JUARA ETNIK KREATIF
Trofi dan wang tunai RM 12,000
JUARA BALADA
Trofi dan wang tunai RM 12,000
JUARA POP ROCK
Trofi dan wang tunai RM 12,000
PERSEMBAHAN TERBAIK
Trofi dan wang tunai RM 10,000
VOKAL TERBAIK
Trofi dan wang tunai RM 10,000