in

Apa Istimewanya Sambutan Earth Hour Tahun 2016?

AirAsia meneruskan komitmennya ke arah kesedaran perubahan iklim dengan menyokong inisiatif global Earth Hour dengan menyertai acara tempatan yang memupuk gaya hidup hijau. Sukarelawan AirAsia menanam benih pokok untuk Free Tree Society, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong gaya hidup hijau dan penjimatan tenaga di Kuala Lumpur hari ini.

Lebih 50 sukarelawan yang diketuai Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berjaya menanam 400 benih pokok, dan juga membina sistem penuaian air hujan.

Acara tempatan ini yang juga disenaraikan di laman web rasmi Earth Hour Activity Tracker sebagai salah satu daripada beratus-ratus aktiviti yang berlangsung di peringkat global sempena Earth Hour Day adalah sebahagian daripada gerakan #GREEN24 kumpulan AirAsia untuk mendidik orang ramai mengenai kesan perubahan iklim, serta menyokong tindakan terhadap perubahan iklim untuk masa depan yang lebih baik.

Selain acara yang diadakan di Bangsar, lebih 17,000 pekerja AirAsia di seluruh dunia menyertai Earth Hour di samping menggalakkan komuniti masing-masing untuk memahami kepentingan tindakan perubahan iklim.

Free Tree Society, yang dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan bertujuan untuk memupuk gaya hidup hijau melalui program pemberian anak benih secara percuma dengan lebih 6,000 tumbuh-tumbuhan diedarkan sejak penubuhannya pada Mac 2012. Pada masa yang sama badan ini juga menggalakkan penjimatan tenaga melalui aktiviti seperti mendidik orang ramai mengenai sistem penuaian air hujan. Selain itu, NGO yang dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan ini dan orang ramai boleh melawat nurseri di Bangsar untuk belajar kemahiran asas berkebun, landskap , kaedah pembiakan, verrmi – kompos, baja dan banyak lagi.

Pada awal Januari lalu, Kumpulan AirAsia menjalankan lebih 30 aktiviti bersama kesemua pejabat globalnya di seluruh Asean dan jauh lagi yang menggalakkan penjimatan tenaga serta mendidik masyarakat tentang kesan-kesan perubahan iklim.

Di samping itu, syarikat penerbangan itu juga aktif dalam menganalisis cara-cara untuk menyuntik faktor kelestarian ke dalam operasinya, termasuk kejuruteraan, operasi penerbangan dan penjimatan bahan api untuk mengurangkan jejak karbon (carbon footprints). Layari www.airasia.com/green24 untuk maklumat lanjut tentang gerakkan #GREEN24 AirAsia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Komposer Datuk Adnan Abu Hassan Kritikal

Konsert SEARCH 35 TAHUN Ditunda Ke 30 Ogos 2016