in

Apa Beza Running Man & Program Woot Woot

Program Running Man semakin mendapat tempat di hati penonton Malaysia. Ianya menggelikan hati, membuatkan kita ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia dan kadang-kadang membuatkan kita melupakan segala sedih dan masalah. Kesannya, Running Man sentiasa trending di media sosial. Budiey sampai sekarang menantikan Running Man versi Malaysia diterbitkan di kaca TV. Namun sampai sekarang, nampaknya agar sukar untuk menemui program sehebat Running Man di Malaysia. Mungkin suatu hari nanti jenama Running Man akan diangkat dalam bentuk dan citarasa orang kita pula.

Dalam pada itu, muncul pula program Woot Woot, seimbas lalu, tengok pada gambar-gambar yang diupload dalam Instagram, Budiey tengok Woot Woot ni seperti nak sama dengan Running Man. Tapi setelah Budiey tweet, ada yang tak bersetuju. Kata mereka, Woot Woot memang berbeza Running Man. Konsepnya berbeza.

Jom kita buat proposal untuk buat Runningman Versi Malaysia. Ambil semua pelawak-pelawak hebat disatukan untuk jayakan program ni. Mesti gempak giler.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Woot Woot, satu majlis sidang media pelancaran telah diadakan baru-baru ini. Budiey kira memang betul lah, susah juga nak tiru gaya konsep Running Man memandangkan program ini memerlukan banyak kelengkapan kamera dan juga krew. Ingat senang ke? Jadi, apa bezanya Woot Woot dan Running Man? Haaa, jauh bezanya.

Apa yang bakal terjadi sekiranya selebriti-selebriti terkenal berkumpul dalam satu program gameshow yang bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, malah menguji ketajaman minda masing-masing? Buat julung kalinya penonton setia TV3 bakal menyaksikan barisan selebriti terkenal tanah air menempuh halangan yang dahsyat! Segalanya di dalam program gameshow terbaru TV3, Woot Woot!

Program Woot Woot! melibatkan 108 selebriti popular Malaysia untuk mengharungi pelbagai cabaran fizikal dan mental seperti ‘Teka-Teka’, ‘Puzzle Terbang’, ‘Guni Puzzle’, ‘Apung-Apung Puzzle’, ‘Duyung Lagu’, ‘Rockers Lumpur’, ‘Komposer Berenang’, ‘Kayak Filem’, ‘Peta Artis’, ‘Renang AJL’, ‘Bola Luncur’ dan banyak lagi sebelum layak mara ke peringkat akhir untuk bergelar Juara Woot Woot!

Woot Woot

Antara selebriti yang terlibat dengan program 13 episod ini ialah Awie Rafael, Dira Abu Zahar, Ezlynn, Aepul Dramaband, Naz Habiburrahman, Anas Ridzuan (Mentor), Idzham Ismail, Chacha Maembong, Almy Nadia, Azlee Khairi, Izzue Islam, Noorkhiriah, Talha Harith, Black, Elfaeza Ul – Haq, Shah Iskandar, Zain Saidin dan ramai lagi.

Setiap minggu enam selebriti akan digandingkan bersama dan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kemudian setiap kumpulan akan bersaing untuk mengumpul markah di setiap cabaran. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan layak ke peringkat separuh akhir dan seterusnya mara ke peringkat akhir.

Antara cabaran menarik yang terdapat dalam program Woot Woot ialah ‘Puzzle Terbang’, di mana permainan ini memerlukan peserta menaiki flying fox sambil mengingati 10 nama komposer tanpa diberikan tajuk lagu yang dicipta oleh komposer tersebut. Kemudian sebaik sahaja turun ke bawah, peserta perlu menulis 10 nama komposer tersebut beserta tajuk lagu.

Dalam cabaran ‘Guni Puzzle’, peserta dipaparkan gambar-gambar selebriti tanah air. Kemudian mereka harus menggunakan terompah panjang untuk mendapatkan keratan jawapan di hadapan mereka sebelum melekatkan jawapan pada peta Malaysia mengikut negeri asal selebriti tersebut. Cabaran ‘Renang AJL’ juga tidak kurang hebatnya. Penonton pasti terhibur melihat telatah dan aksi selebriti-selebriti semua.

Program ‘Woot Woot! yang menampilkan Wahid dan Amyza Adnan selaku hos program, menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 kepada juara Woot Woot!. Sementara itu, pemenang mingguan juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta hadiah-hadiah lain.

Pada 5 Jun 2013 telah berlangsungnya satu sidang media program Woot Woot! bertempat di Nur Laman Bestari, Ulu Yam Selangor. Sidang media ini turut dihadiri oleh para selebriti seperti Izzue Islam, Daniel (Loka Band), Aman Nassim. Acong, Alex Yanz dan Toy (Hyper Act) dan penerbit program. Di samping itu, sidang media kali ini turut memberi peluang kepada media yang hadir untuk menyertai satu permainan yang disediakan oleh pihak produksi dan memenangi hadiah-hadiah menarik.

Roslina Abdul Rahman sebagai Penerbit program Woot Woot! kata:

“Pihak kami amat gembira kerana pada sidang media ini, aktiviti menarik yang kami sediakan akhirnya dapat direalisasikan dengan jayanya dengan kerjasama dan komitmen padu daripada semua pihak yang terlibat. Aktiviti pada hari ini bukan sahaja untuk memperkenalkan program Woot Woot! ini malah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara selebriti dan produksi bersama pihak media.”

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin

“Dengan adanya program gameshow Woot Woot! ini, saya pasti ia akan berjaya menambat hati sebilangan besar penonton. Melalui program ini, penonton bukan sahaja dapat berhibur melihat telatah selebriti kesayangan mereka malah dapat menguji kecerdasan minda dengan menyelesaikan soalan-soalan yang terdapat dalam program ini. Di samping itu, program gameshow ini merupakan usaha TV3 dalam menerbitkan semula program gameshow yang pernah menghiasi slot pagi seperti program ‘Ewah Ewah’. Namun, perbezaan yang cuba diketengahkan kali ini oleh TV3 adalah dengan melakukan pengambaran gameshow di luar studio.”

Sidang produksi yang bertanggungjawab mengendalikan penerbitan Woot Woot! dibarisi oleh Puan Khalijah Haji Mohamed selaku Penerbit Eksekutif serta Mohd Jamira Ramli dan Roslina Abdul Rahman sebagai Penerbit.

Jangan lupa saksikan program terbaru, Woot Woot yang mempunyai 13 episod, bermula 11 Jun 2013, setiap hari Selasa, jam 10.00 – 11.00 pagi di TV3! Penonton boleh layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Woot Woot

Woot Woot

Woot Woot

Woot Woot

Woot Woot

Woot Woot

Woot Woot

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Free Flight Ticket With Airasia X’s Buy One Free One

Women Are More Complex Than Advertisers Think